awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Erdogan rancang meterai perjanjian sempena lawatan ke UAE

Bernama
Bernama
04/07/2023
04:20 MYT
Erdogan rancang meterai perjanjian sempena lawatan ke UAE
Erdogan (foto) merancang untuk mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu pada pertengahan Julai dan menandatangani perjanjian penting. -Gambar fail/AP
ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan merancang untuk mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu pada pertengahan Julai dan menandatangani perjanjian penting, lapor Sputnik, memetik Menteri Kewangan Mehmet Simsek.
Menteri itu sebelum ini telah mengunjungi UAE bersama Naib Presiden Cevdet Yilmaz.
Simsek berkata tugas-tugas penting telah dijalankan semasa lawatan itu dan hasilnya akan dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu lagi.
"Kemungkinan besar, selepas itu, presiden akan melawat UAE, yang bakal menyaksikan perjanjian rangka kerja akan ditandatangani.
"Saya tidak akan menjelaskan butirannya, tetapi ia akan merangkumi banyak perkara," katanya, lapor Agensi Berita Anadolu.
Simsek berkata akan ada pertemuan dengan ketua negara, timbalannya serta menteri kewangan dan lawatan itu mungkin dijadual selepas sidang kemuncak NATO.
Beliau berkata delegasi dari UAE akan tiba minggu depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Recep Tayyip Erdogan
#UAE
#Mehmet Simsek
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan