awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Erdogan tidak mahu AS melindungi Fethullah Gulen

Agensi
Agensi
20/09/2016
01:57 MYT
Erdogan tidak mahu AS melindungi Fethullah Gulen
Erdogan mengulas tentang Fethullah Gullen, perkembangan di Syria dan juga tentang Kesatuan Eropah. - Gambar fail
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Isnin menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak sepatutnya ‘melindungi pengganas’ seperti Fethullah Gulen dan aktivitinya perlu diharamkan di seluruh dunia.
Erdogan berkata demikian dalam sesi temu bual dengan Reuters dalam satu sesi berasingan sempena pertemuan pemimpin-pemimpin dunia di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Gulen, seorang ilmuwan yang berpangkalan di AS, disifatkan Turki sebagai dalang di sebalik cubaan rampasan kuasa yang digagalkan di negara itu pada Julai lalu.
Sementara itu, tempoh perintah darurat yang diumumkan sejak tercetusnya kudeta itu mungkin disambung oleh Parlimen.
Erdogan juga berkata, Presiden Syria Bashar al-Assad tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada kerajaan peralihan dan integriti wilayah Syria perlu dihormati negara lain.
Mengulas berkenaan Kesatuan Eropah (EU), Erdogan berkata: “Turki telah berpegang kepada janji mengenai proses keahlian EU, iaitu ia bersifat dua hala dan EU juga perlu mengotakan janjinya.
"Kami belum merumuskan proses ini. Kami mahu EU jujur tentang perkara ini,” tegas beliau.
Topic Berkaitan
#aktiviti pengganas
#Amerika Syarikat
#EU
#Fethullah Gulen
#Recep Tayyip Erdogan
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan