awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU akan kaji semula perjanjian perdagangan dengan Israel - Kallas

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2025
23:10 MYT
EU akan kaji semula perjanjian perdagangan dengan Israel - Kallas
Kallas berkata, majoriti Menteri Luar EU yang bermesyuarat di Brussels menyokong cadangan untuk mengkaji semula perjanjian persatuan antara EU dan Israel berdasarkan perkembangan di Gaza. - Gambar fail Reuters
BRUSSELS: Ketua diplomat Kesatuan Eropah (EU), Kaja Kallas, pada Selasa berkata, blok tersebut akan mengkaji semula perjanjian perdagangannya dengan Israel susulan situasi "yang semakin meruncing" di Gaza.
Tekanan antarabangsa terhadap Israel semakin meningkat sejak kebelakangan ini, selepas kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu melancarkan serangan ketenteraan baharu di Gaza.
Kallas berkata, majoriti Menteri Luar EU yang bermesyuarat di Brussels menyokong cadangan untuk mengkaji semula perjanjian persatuan antara EU dan Israel berdasarkan perkembangan di Gaza.
“Situasi di Gaza amat dahsyat. Bantuan kemanusiaan yang dibenarkan masuk oleh Israel memang dialu-alukan, tetapi ia hanyalah setitik air di lautan. Bantuan perlu disalurkan serta-merta, tanpa halangan dan dalam jumlah yang besar, kerana itu yang sangat diperlukan,” katanya kepada wartawan.
Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot, ketika bercakap di Parlimen menyambut baik keputusan EU itu dan memaklumkan bahawa 17 daripada 27 negara anggota menyokong langkah berkenaan.
Kallas turut mendedahkan, EU telah menyediakan sekatan terhadap peneroka Israel yang ganas, namun pelaksanaannya masih tertangguh akibat bantahan daripada sebuah negara anggota, tanpa mendedahkan nama negara tersebut. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kekejaman israel
#israel serang gaza
#EU
#perjanjian perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami