BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) disaran wujudkan sijil vaksin COVID-19 seragam bagi negara anggota. 

Langkah ini akan membantu menghidupkan semula industri pelancongan di blok itu. 

Saranan dibuat Greece dan Austria ketika sidang membincangkan isu vaksin. 

Ketika ini, Greece dan Israel sudah mengeluarkan sijil vaksinasi. 

Perancis dan Jerman walau bagaimanapun belum memutuskan untuk melaksanakan kaedah sama.

Namun wujud kebimbangan sijil vaksinasi akan menyebabkan diskriminasi dalam kalangan pelancong. 

Greece dan Cyprus setuju membenarkan kemasukan pelancong dengan status hijau pada sijil digital mereka.

Pada sidang sama, pemimpin EU turut membincangkan kaedah mempercepatkan program vaksinasi. 

Blok itu sebelum ini dikecam kerana lambat memulakan program tersebut berbanding United Kingdom.