awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU, rakan global gesa tindakan segera atasi penderitaan "tidak dapat dibayangkan" di Gaza

Bernama
Bernama
12/08/2025
16:09 MYT
EU, rakan global gesa tindakan segera atasi penderitaan "tidak dapat dibayangkan" di Gaza
Tindakan segera diperlukan sekarang untuk menghentikan dan memulihkan keadaan kebuluran. - Reuters
GENEVA: Menteri-menteri luar dari 24 negara dan pegawai kanan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Gaza telah mencapai "tahap yang tidak dapat dibayangkan" dan menggesa Israel menarik balik sekatan terhadap bantuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang beroperasi di wilayah itu.
"Penderitaan kemanusiaan di Gaza telah mencapai tahap yang tidak dapat dibayangkan. Kebuluran sedang berlaku di depan mata kita. Tindakan segera diperlukan sekarang untuk menghentikan dan memulihkan keadaan kebuluran.
"Ruang kemanusiaan mesti dilindungi, dan bantuan tidak sepatutnya dipolitikkan," kata mereka dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh EU, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Penandatangan kenyataan itu termasuk menteri luar dari Australia, Belgium, Kanada, Cyprus, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Greece, Iceland, Ireland, Jepun, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Norway, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland dan United Kingdom (UK), serta pegawai-pegawai tinggi EU.
Menteri luar dan pegawai kanan EU itu turut memberi amaran bahawa "disebabkan keperluan pendaftaran baharu yang ketat, NGO antarabangsa penting mungkin terpaksa meninggalkan wilayah Palestin yang diduduki dalam masa terdekat, yang akan memburukkan lagi keadaan kemanusiaan."
"Kami menggesa kerajaan Israel untuk memberikan kebenaran kepada semua penghantaran bantuan NGO antarabangsa dan membenarkan petugas serta agensi kemanusiaan penting beroperasi. Langkah segera, kekal dan konkrit mesti diambil untuk memudahkan akses berskala besar dan selamat kepada PBB, NGO antarabangsa dan rakan kemanusiaan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menggesa agar "semua lintasan dan laluan mesti digunakan untuk membolehkan kemasukan bantuan secara besar-besaran ke Gaza, termasuk makanan, bekalan nutrisi, tempat perlindungan, bahan api, air bersih, ubat-ubatan dan peralatan perubatan. Kekerasan yang boleh menyebabkan kematian tidak boleh digunakan di lokasi pengagihan dan orang awam, petugas kemanusiaan dan perubatan mesti dilindungi."
Para menteri dan pegawai EU itu turut menzahirkan penghargaan atas usaha pengantaraan yang sedang berjalan.
"Kami berterima kasih kepada Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir atas usaha mereka dalam mendesak gencatan senjata dan mengusahakan keamanan. Kita memerlukan gencatan senjata yang boleh menamatkan perang, agar tawanan dibebaskan dan bantuan memasuki Gaza melalui darat tanpa halangan," kata mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Kesatuan Eropah
#Palestin
#penderitaan
#genosid
#krisis kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan