awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU siasat TikTok, YouTube mengenai perlindungan kanak-kanak

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2023
03:00 MYT
EU siasat TikTok, YouTube mengenai perlindungan kanak-kanak
EU juga melakukan siasatan ke atas TikTok, X, yang dahulunya Twitter, dan Meta daripada Facebook berhubung maklumat salah susulan tindakan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu di Israel.
KESATUAN Eropah (EU) menjalankan siasatan terhadap dua platform media sosial, YouTube dan TikTok bagi mengetahui tindakan yang diambil oleh platform milik Amerika Syarikat (AS) dan China itu untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di bawah umur di kedua-dua platform terbabit.
EU mendakwa, pihaknya sudah menghantar permohonan rasmi untuk maklumat masing-masing kepada Tiktok dan YouTube.
Perkara itu merupakan antara langkah pertama dalam prosedur yang dilancarkan di bawah undang-undang baharu EU mengenai kandungan digital.
Menurut bahagian eksekutif EU, pihaknya mahu mengetahui langkah yang diambil oleh dua platform perkongsian video berkenaan.
Ia adalah untuk mematuhi Akta Perkhidmatan Ddigital (DSA) terutama mengenai risiko yang membabitkan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak.
DSA adalah sebahagian daripada gudang senjata kuat EU untuk membawa teknologi canggih dan menuntut platform digital melakukan lebih banyak lagi bagi mencegah penyebaran kandungan yang menyalahi undang-undang dan berbahaya serta maklumat yang salah.
TikTok yang dimiliki oleh syarikat China ByteCance, begitu popular dalam kalangan pengguna lebih muda.
Manakala YouTube adalah sebahagian daripada empayar digital Alphabet termasuk daripada Google.
Kedua-dua syarikat perlu memberi maklum balas terhadap perkara berkenaan selewat-lewatnya pada 30 November ini.
Penguat kuasa teknologi tinggi EU, Thierry Breton, berkata perlindungan kanak-kanak akan menjadi keutamaan penguatkuasaan bagi DSA.
Undang-undang juga mengharamkan pengiklanan yang disasarkan kepada kanak-kanak bawah umur 17 tahun.
EU juga melakukan siasatan ke atas TikTok, X, yang dahulunya Twitter, dan Meta daripada Facebook berhubung maklumat salah susulan tindakan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu di Israel.
Topic Berkaitan
#EU
#TikTok
#YouTube
#keselamatan kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan