awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FBI tawar ganjaran AS$10 juta tangkap pembangun perisian tebusan Lockbit

Amanz
Amanz
09/05/2024
06:15 MYT
FBI tawar ganjaran AS$10 juta tangkap pembangun perisian tebusan Lockbit
DOJ memfailkan dakwaan ke atas Dmitry Yuryevich Khoroshev yang merupakan antara pentadbir dan pembangunan Lockbit.
PERISIAN tebusan Lockbit menyerang dunia siber sejak 2019 tetapi mula mendapat perhatian orang ramai selepas syarikat terkemuka seperti Thales, Royal Mail, TSMC dan Continental menjadi mangsa.
Selepas sistem komputer berjaya dijangkiti Lockbit, data akan dikunci dan hanya boleh diakses semula dengan membayar wang tebusan bernilai puluhan juta.
Semalam, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan dakwaan ke atas Dmitry Yuryevich Khoroshev yang merupakan antara pentadbir dan pembangunan Lockbit.
Beliau berhadapan 26 pertuduhan terlibat dalam konspirasi melakukan penipuan serta peras ugut untuk merosakkan sistem komputer. Sekiranya didapati bersalah, Khoroshev boleh dipenjarakan sehingga 185 tahun.
Beliau masih lagi bebas dan oleh itu pihak FBI menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM48 juta) untuk maklumat yang akan menyebabkan beliau boleh ditangkap sebelum diheret ke mahkamah.
Sejak 2019, dianggarkan terdapat lebih 2000 mangsa Lockbit di seluruh dunia dengan sebanyak AS$500 juta wang tebusan dibayar. Khoroshev menerima 20% untuk setiap wang tebusan yang dibayar.
Dalam serangan ke atas Thales pada tahun 2022, data yang dicuri kemudiannya ditiriskan ke web gelap. Antara yang terdedah ialah kontrak antara Thales dengan Malaysia. - Amanz
Topic Berkaitan
#FBI
#ganjaran besar
#Perisian Tebusan Lockbit
#Dmitry Yuryevich Khoroshev
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan