Skip to main content

Dunia

Video baharu dedah enjin tercabut dalam nahas pesawat kargo di Kentucky

Terrifying newly released footage from the National Transportation Safety Board shows the moment an engine appears to separate from a UPS aircraft before the deadly 2025 crash in Louisville, Kentucky.
Rakaman kamera keselamatan menunjukkan enjin kiri pesawat secara tiba-tiba tercabut daripada sayap ketika pesawat sedang memecut di landasan, sebelum meletup dalam bola api. - Foto X/NTSB

WASHINGTON: Rakaman video baharu yang dikeluarkan pihak penyiasat mendedahkan detik dramatik enjin sebuah pesawat kargo tercabut ketika berlepas sebelum terhempas dalam nahas maut di Kentucky, Amerika Syarikat (AS).

Video tersebut didedahkan oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) sebagai sebahagian daripada siasatan berterusan terhadap nahas yang berlaku pada 4 November 2025 di Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan enjin kiri pesawat secara tiba-tiba tercabut daripada sayap ketika pesawat sedang memecut di landasan, sebelum meletup dalam bola api.

Pesawat kargo model MD-11F milik UPS itu hanya sempat mencapai ketinggian kira-kira 30 kaki sebelum hilang kawalan dan terhempas ke kawasan industri berhampiran.

Insiden tragis itu mengorbankan semua tiga kru pesawat serta sekurang-kurangnya 11 individu di darat, manakala lebih 20 orang lagi cedera.

Siasatan awal mendapati kegagalan struktur pada komponen yang menghubungkan enjin ke sayap sebagai punca utama kejadian, dipercayai disebabkan rekahan logam akibat keletihan bahan.

Rakaman video tersebut kini menjadi bukti penting dalam memahami punca sebenar nahas, ketika pihak berkuasa terus meneliti faktor penyelenggaraan, reka bentuk pesawat serta langkah keselamatan penerbangan.

Nahas itu disifatkan antara insiden penerbangan terburuk di Amerika Syarikat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan telah mencetuskan semakan semula terhadap penggunaan pesawat jenis MD-11 di seluruh industri.
 

 

Must Watch Video

Advertisement