awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FDA beri kelulusan penuh penggunaan Pfizer

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
23/08/2021
15:18 MYT
FDA beri kelulusan penuh penggunaan Pfizer
Pfizer-BioNTech adalah vaksin COVID-19 pertama yang mendapat kelulusan penuh FDA. - Reuters
PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech secara sepenuhnya pada Isnin.
Ia akan dipasarkan sebagai Comirnaty, untuk pencegahan penyakit COVID-19 bagi individu berusia 16 tahun ke atas.
Pfizer-BioNTech adalah vaksin COVID-19 pertama yang mendapat kelulusan penuh FDA.
Menurut FDA, vaksin itu juga akan terus tersedia di bawah kebenaran penggunaan kecemasan (EUA), termasuk bagi individu berumur 12 hingga 15 tahun dan untuk pemberian dos ketiga.
“Persetujuan FDA terhadap vaksin ini merupakan sejarah ketika dunia sedang bergelut memerangi COVID-19.
"Pfizer sebelum ini telah memenuhi piawaian saintifik FDA untuk penggunaan kecemasan dan kelulusan penuh ini akan menambah keyakinan orang ramai kerana memenuhi standard keselamatan, keberkesanan dan kualiti pembuatan yang tinggi," kata Pemangku Pesuruhjaya FDA Janet Woodcock2.
Penggunaan Pfizer-BioNTech telah diluluskan sejak 11 Disember 2020, di bawah EUA kepada individu berusia 16 tahun ke atas.
Kebenaran tersebut kemudian dipertingkat kepada individu yang berumur 12 hingga 15 tahun pada 10 Mei 2021.
Topic Berkaitan
#Pfizer-BioNTech
#FDA
#kelulusan penuh
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan