awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masih terdapat jurang antara Pearly - Thinaah dan Sheng Shu-Tan Ning - Rosman
[TERKINI] Dr Mahathir nikmati kopi di luar hospital, tanda kesihatan semakin baik
Dakwaan jurutera pakar tempatan tidak diiktiraf tidak berasas - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri karam di Bali: "Kami tidak akan berhenti" - Indonesia ikrar cari 29 mangsa

Bernama
Bernama
06/07/2025
08:45 MYT
Feri karam di Bali: "Kami tidak akan berhenti" - Indonesia ikrar cari 29 mangsa
Usaha pencarian diperkukuh dengan aset Tentera Laut Indonesia, termasuk kapal yang dilengkapi sonar yang mampu mengesan objek di bawah air pada kedalaman sehingga 400 meter. - Gambar/ Reuters
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia berikrar akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara besar-besaran bagi mengesan 29 individu yang masih hilang selepas sebuah feri penumpang karam di Selat Bali minggu ini.

Ringkasan AI
  • Operasi mencari dan menyelamat besar-besaran diteruskan oleh pihak berkuasa Indonesia bagi mengesan 29 individu yang masih hilang selepas feri KMP Tunu Pratama Jaya karam di Selat Bali, menyebabkan enam maut dan 30 diselamatkan.
  • Usaha pencarian melibatkan aset Tentera Laut Indonesia termasuk kapal sonar, helikopter, penyelam khas dan pakar hidro-oseanografi, dengan kawasan pencarian diperluas di laut dan darat sekitar Banyuwangi.
  • Pihak berkuasa bersiap sedia untuk operasi dasar laut dengan 22 penyelam telah bersedia, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

KMP Tunu Pratama Jaya karam di Selat Bali lewat Rabu malam di perairan Ketapang, Banyuwangi, Jawa Timur, menyebabkan enam maut manakala 30 daripada 65 penumpang serta kru feri berjaya diselamatkan setakat ini.
"Kami tidak akan berhenti sehingga semua mangsa ditemui. Ini adalah tanggungjawab kemanusiaan yang tidak boleh ditinggalkan separuh jalan," kata Menteri Pengangkutan Dudy Purwagandhi dalam satu kenyataan.
Beliau berkata usaha pencarian telah diperkukuh dengan aset Tentera Laut Indonesia, termasuk kapal yang dilengkapi sonar yang mampu mengesan objek di bawah air pada kedalaman sehingga 400 meter.
Sebuah helikopter, penyelam tentera laut daripada unit pasukan khas dan pakar Pusat Hidro-Oseanografi turut dikerahkan.
Timbalan Ketua Operasi dan Kesiapsiagaan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) R. Eko Suyatno berkata lebih 10 kapal daripada tentera laut, polis dan agensi wilayah, bersama bot nelayan tempatan terlibat dalam operasi bersama itu.
Kawasan pencarian di laut telah diperluaskan sehingga radius 20 batu nautika di selatan lokasi feri dipercayai karam, manakala di darat, pasukan tentera, polis dan sukarelawan melakukan pencarian di kawasan pesisir pantai Banyuwangi.
"Dua buah helikopter sedang melakukan pemantauan dari utara ke selatan sebagai sebahagian daripada pencarian dari udara," katanya.
Pihak berkuasa juga sedang bersiap sedia untuk kemungkinan operasi mengeluarkan mangsa dari dasar laut dengan 22 penyelam telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan peralatan tambahan turut disediakan di pelabuhan, tambahnya.
Punca kejadian feri karam masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bali
#feri karam
#bilangan mangsa
#operasi sar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan