awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendekatan Malaysia MADANI bukan sekadar slogan - Budiman
Kes Cradle Fund: Mahkamah Persekutuan kekalkan pembebasan Samirah, dua remaja
MPO, DFP terus memupuk bakat muzik tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA tidak kenakan hukuman ke atas Indonesia, kata Jokowi

Bernama
Bernama
08/10/2022
03:45 MYT
FIFA tidak kenakan hukuman ke atas Indonesia, kata Jokowi
Orang ramai hadir pada majlis memperingati mangsa rusuhan Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur, Indonesia, 5 Okt 2022. - Gambar fail AP
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo mengesahkan negaranya tidak akan dikenakan hukuman oleh FIFA susulan tragedi 1 Okt di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur yang meragut 125 nyawa termasuk kanak-kanak.
Perkara itu disampaikan oleh Presiden FIFA Gianni Infantino menerusi surat kepada Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
"Berdasarkan surat tersebut, alhamdulillah bola sepak Indonesia tidak dikenakan sanksi oleh FIFA," kata Jokowi dalam satu kenyataan, sambil menambah Infantino akan melawat Indonesia bulan ini atau November.
BACA: Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Enam individu berdepan tuduhan jenayah
BACA: Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Arema FC didenda RM75,950
BACA: Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Tindakan tegas menunggu anggota polis, tentera
Beliau berkata Indonesia, FIFA dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan bekerjasama mentransformasikan bola sepak negaranya.
Perkara yang akan diberi perhatian termasuk jadual pertandingan, standard keselamatan stadium, prosedur operasi standard keselamatan serta sesi libat urus bersama pakar, kelab dan wakil penyokong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rusuhan Stadium Kanjuruhan
#FIFA tidak hukum Indonesia
#Gianni Infantino
#Joko Widodo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan