awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina, AS, Jepun berusaha perkukuh hubungan ekonomi tiga pihak

Bernama
Bernama
12/07/2025
09:06 MYT
Filipina, AS, Jepun berusaha perkukuh hubungan ekonomi tiga pihak
Ketiga-tiga pihak turut menegaskan semula minat mereka untuk memajukan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, serta bersetuju menyelaras kerjasama dalam keselamatan maritim. - Pexel
MANILA: Filipina, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh perkongsian ekonomi tiga pihak bagi melengkapi hubungan keselamatan mereka yang semakin berkembang, menurut Jabatan Negara AS pada Sabtu.
Menurut Agensi Berita Filipina (PNA), Menteri Luar ketiga-tiga negara -- Setiausaha Ma. Theresa Lazaro, Setiausaha Negara AS Marco Rubio dan Menteri Luar Jepun Iwaya Takeshi -- membincangkan rancangan itu serta keperluan untuk menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta dalam Koridor Ekonomi Luzon yang menjadi projek utama kerjasama mereka.
Pertemuan itu diadakan di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan di Malaysia pada Khamis (10 Julai), menurut kenyataan berkenaan.
Jabatan Negara AS memaklumkan bahawa Rubio menekankan kekayaan Filipina dalam sumber mineral kritikal dan kepentingan mempelbagaikan rantaian bekalan bahan mineral itu.
Pegawai ketiga-tiga negara turut mencadangkan supaya kerjasama tiga pihak di Filipina diperkukuh dalam bidang keselamatan siber, tenaga (termasuk tenaga nuklear awam), serta pelaburan dalam rangkaian telekomunikasi yang boleh dipercayai dan selamat.
Mereka bersetuju untuk mengadakan perbincangan tiga pihak mengikut sektor pada peringkat pegawai kanan dalam beberapa bulan akan datang bagi memaajukan hasrat bersama untuk keamanan dan keselamatan serantau.
Dalam mesyuarat sama, ketiga-tiga pihak turut menegaskan semula minat mereka untuk memajukan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, serta bersetuju menyelaras kerjasama dalam keselamatan maritim -- termasuk melalui Aktiviti Kerjasama Maritim, latihan ketenteraan tiga pihak, serta usaha pembinaan keupayaan dan bantuan kepada Pengawal Pantai Filipina dan pihak berkuasa maritim negara itu yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkongsian ekonomi
#hubungan keselamatan
#Filipina
#Amerika Syarikat
#Jepun
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan