awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina: Pengembara ambil dos penggalak tidak perlu jalani saringan COVID-19

Bernama
Bernama
27/05/2022
12:36 MYT
Filipina: Pengembara ambil dos penggalak tidak perlu jalani saringan COVID-19
Pelancong yang mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 tidak perlu lagi menjalani ujian saringan jika ingin memasuki Filipina, bermula 30 Mei. - Gambar fail/ETX
MANILA: Pelancong yang mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 tidak perlu lagi menjalani ujian saringan jika ingin memasuki Filipina, bermula 30 Mei.
Setiausaha Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat berkata peraturan baharu itu untuk memudahkan lagi perjalanan selain bertujuan menggalakkan lebih ramai pelancong melawat negara ini, lapor Xinhua.
"Semua jenis sijil vaksinasi, tanpa mengira negara asal akan diterima," katanya.
Puyat berkata insurans perjalanan juga tidak lagi diperlukan namun penumpang sangat digalakkan mempunyai insurans.
Beliau berkata lebih 500,000 pelancong asing melawat negara itu dari 10 Feb lalu, sejak kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa, paling ramai adalah dari Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Kanada.
"Kerajaan berharap ketibaan pelancong semakin bertambah dalam beberapa minggu akan datang berikutan kelonggaran syarat kemasukan itu," kata Puyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#pelancong
#dos penggalak
#vaksin
#COVID-19
#ujian saringan
#Bernadette Romulo-Puyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan