MANILA: Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina pada Ahad menaikkan tahap amaran gunung berapi Bulusan daripada sifar kepada satu selepas gunung berapi di wilayah Sorsogon, tenggara Manila itu memuntahkan kepulan debu kelabu setinggi kira-kira satu kilometer ke udara.
Institut itu berkata "letusan phreatic" berlaku sekitar 10.37 pagi waktu tempatan dan berlangsung kira-kira 17 minit. Hujan debu dilaporkan di bandar berhampiran gunung berapi itu, lapor Xinhua.
"Tahap amaran satu kini dinaikkan untuk gunung berapi Bulusan, menandakan ia kini berada dalam keadaan tidak normal," kata institut itu sambil memberi amaran "kemungkinan berlaku peningkatan letusan phreatic secara tiba-tiba dan berbahaya".
Letusan phreatic merupakan letupan yang didorong stim yang boleh berlaku apabila air di bawah tanah mendidih disebabkan batuan menjadi panas atau berlaku mendapan baharu akibat letusan atau secara tidak langsung oleh magma atau gas magma.
Dalam tempoh 24 jam sebelum letusan, 77 gempa bumi gunung berapi direkodkan, kata institut itu dalam satu kenyataan.
Institut itu melarang orang ramai memasuki zon bahaya sejauh 4 km dan menggesa penduduk kampung di zon tersebut agar berwaspada.
Institut itu juga memberi amaran kepada kapal terbang supaya mengelak daripada terbang berhampiran puncak gunung berapi itu.
Gunung berapi Bulusan merupakan antara gunung berapi paling aktif di Filipina. Pada Januari 2018, gunung berapi itu memuntahkan abu setinggi kira-kira 2.5 km ke udara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 05 2022

Tahap amaran satu kini dinaikkan untuk gunung berapi Bulusan, menandakan ia kini berada dalam keadaan tidak normal. - AP

49 individu beragama Islam ditahan minum arak
DBKL turut mengenakan tindakan penutupan (sealed) serta-merta dan sita peralatan terhadap satu (1) buah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

Siri Antarabangsa Singapura: Gavin dahului hari kedua
Gavin melakukan empat birdi pada sembilan lubang pertama dan tiga pada sembilan yang berikutnya.

Bot karam Redang: Pencarian dua lagi nelayan hilang dihentikan
operasi pencarian yang diaktifkan selama empat hari ditamatkan pada jam 7 malam jumaat susulan pasukan pencarian tidak menemui sebarang petunjuk.

Warga Pakistan jadi pendaki termuda dunia takluk puncak melepasi ketinggian 8,000m
Shehroze Kashif kini menjadi pendaki gunung termuda di dunia yang berjaya mendaki 10 puncak gunung yang melebihi 8,000 meter.

PPVN akan beri tumpuan hasilkan pelbagai jenis vaksin
Jawatankuasa Kecil Rangkaian Kerjasama Vaksin bermesyuarat pada 7 Jun untuk mengenal pasti jenis vaksin yang akan dibangunkan.

Cuepacs harap khabar gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini
Cuepacs berharap kerajaan dapat melaksanakan sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil serta saksama untuk semua penjawat awam di negara ini.

Jangan lewatkan kelulusan pekerja asing - FMM
Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) mengulangi gesaan agar prosedur permohonan semasa untuk kelulusan pekerja asing dikekalkan bagi menjamin kelicinan keputusan.

Malaysia sokong, bekerjasama dalam program UN-Habitat - PM
Kerajaan yakin UN-Habitat akan terus cemerlang di bawah kepemimpinan Maimunah bagi menjayakan aktiviti dan program berkaitan SDG.

Penulis kontroversi Salman Rushdie cedera ditikam atas pentas
Penulis kontroversi Salman Rushdie, cedera selepas ditikam di atas pentas di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Isu iPay88 | K-KOMM ambil tindakan serta-merta
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sudah mengambil tindakan serta merta berhubung insiden keselamatan siber membabitkan penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian, iPay88. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan Cyber Security Malaysia (CSM) yang mengadakan pertemuan dengan pihak iPay88 pada Jumaat.

Gunung berapi Sakurajima meletus, penduduk diarah berpindah
Letusan itu memuntahkan abu dan wap yang tinggi ke udara mencetus kebimbangan penduduk setempat.

Gunung Ile Lewotolok meletus 21 kali dalam tempoh 12 jam
Difahamkan, lava dari gunung berapi meluncur dengan jarak sekitar 300 hingga 800 meter dari pusat letusan.

Gunung berapi Filipina meletus lagi dalam tempoh seminggu
Letusan itu berlaku selama 18 minit berdasarkan rekod seismik, tetapi tidak kelihatan dalam monitor kamera.

Filipina tingkat tahap amaran susulan letusan gunung berapi Bulusan
Video tular di media sosial menunjukkan abu tebal membentuk awan besar yang mengubah suasana langit di sekeliling gunung berapi berkenaan.

Filipina pertingkat tahap berwaspada gunung berapi di tenggara Manila
Tahap amaran satu kini dinaikkan untuk gunung berapi Bulusan, menandakan ia kini berada dalam keadaan tidak normal.

Institut Gunung Berapi Filipina tingkatkan tahap amaran Gunung Taal
Institut itu meningkatkan amaran kepada tahap tiga daripada lima selepas gunung berapi pulau itu mengeluarkan kepulan asap.

Amaran letusan Gunung Berapi Aso di barat Jepun
JMA memberi amaran agar orang ramai tidak menghampiri Gunung Aso.

Debu gunung berapi Padang Sanai perlu perhatian
Abdul Halim memotong rumput di sekitar tapak debu gunung berapi itu sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Anggota Parlimen India bertafakur seketika memperingati mangsa banjir di Malaysia
Rajya Sabha pada Rabu "menzahirkan kesedihan yang mendalam" terhadap kemusnahan akibat bencana banjir di Malaysia pada Disember.

Letusan di Tonga beratus kali lebih kuat daripada bom atom Hiroshima - NASA
NASA berkata, letusan itu sangat kuat sehinggakan daratan baharu yang terbentuk itu telah hilang, bersama-sama dengan "ketulan besar" dua pulau lama.