awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina sedia bekerjasama dengan ICC berhubung penahanan Rodrigo Duterte

Bernama
Bernama
25/01/2025
00:30 MYT
Filipina sedia bekerjasama dengan ICC berhubung penahanan Rodrigo Duterte
ICC kini sedang mengumpulkan bukti dalam siasatannya terhadap dakwaan jenayah kemanusiaan yang berkaitan dengan perang dadah Duterte. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Kerajaan Filipina akan memberi respons positif sekiranya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengarahkan Interpol untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Rodrigo Duterte, yang dituduh melakukan jenayah semasa kempen antidadahnya, kata Setiausaha Eksekutif kepada Presiden, Lucas Bersamin, pada Jumaat.
"Jika ICC mengambil tindakan dan menyampaikannya melalui Interpol dan Interpol membuat permintaan kepada kami untuk menangkap atau menyerahkan seseorang yang berada di bawah bidang kuasa ICC, kami akan memberi respons positif terhadap permintaan Interpol," kata Bersamin, lapor Sputnik/RIA Novosti, yang dipetik oleh Agensi Berita Filipina.
Semasa tempoh Duterte menjadi Presiden dari 2016 hingga 2022, beliau melancarkan perang besar-besaran terhadap dadah, yang menyebabkan lebih 6,000 pembunuhan di luar proses undang-undang, menurut angka polis.
Pada 2018, Filipina menarik balik pengesahannya terhadap Statut Rom, perjanjian asas ICC.
Pada 2023, Filipina enggan bekerjasama dengan tribunal yang berpusat di The Hague, memilih untuk menjalankan siasatan domestik.
Namun, pada November 2024, Filipina mengubah pendirian dengan bersetuju untuk tidak menghalang Duterte menyerah diri kepada ICC sekiranya beliau berhasrat berbuat demikian.
ICC kini sedang mengumpulkan bukti dalam siasatannya terhadap dakwaan jenayah kemanusiaan yang berkaitan dengan perang dadah Duterte.
Bersamin berkata, kerajaan Filipina bersedia untuk bekerjasama dengan ICC meskipun Filipina telah menarik diri daripada bidang kuasa mahkamah itu.
Beliau menjelaskan, tangkapan dilakukan melalui Interpol dan negara Asia Tenggara itu masih menjadi anggota organisasi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Jenayah Antarabangsa
#waran tangkap
#Rodrigo Duterte
#ICC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan