SHAH ALAM: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan, kegagalan Sunway Bhd dalam usaha pengambilalihan IJM Corp Bhd merupakan kemenangan bagi suara rakyat.
Muhamad Akmal Saleh berkata, keputusan itu satu berita baik yang perlu dikongsikan kepada umum.
Advertisement
"Kita ada buat bantahan mengenai Sunway ambil alih IJM dan alhamdulillah keputusannya sudah keluar hari ini.
"Sunway gagal dapatkan syer terbesar, maksudnya usaha mereka tidak berjaya. Suara rakyat sekali lagi menang," katanya semalam.
Pada 12 Januari lalu, Sunway mencadangkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk membeli keseluruhan 3.51 bilion saham IJM pada harga tawaran RM3.15 sesaham.
Pembayaran bagi cadangan pengambilalihan itu mahu diselesaikan melalui gabungan 10 peratus tunai dan 90 peratus menerusi penerbitan saham baharu Sunway pada harga terbitan RM5.65 sesaham.
Sementara itu, Sunway dalam kenyataannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak berkepentingan, rakan kongsi, sahabat yang telah meluangkan masa untuk menilai tawaran ini dan yang terus meletakkan
Muhamad Akmal Saleh turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri kerana mendengar suara dibawah ini," ujarnya. - Sinar Harian