awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina sedia sokong 'proses politik milik Myanmar'

Bernama
Bernama
28/11/2025
23:35 MYT
Filipina sedia sokong 'proses politik milik Myanmar'
Imperial (gambar) berkata Lazaro akan meneruskan kemajuan yang telah dibuat Utusan Khas Malaysia dan memberi tumpuan kepada usaha memudah cara dialog konstruktif dan bantuan kemanusiaan di Myanmar. - Gambar fail/Agensi Penerangan Filipina
MANILA: Filipina bersedia menyokong proses politik di Myanmar yang benar-benar "dipimpin dan dimiliki Myanmar", lapor Agensi Berita Filipina (PNA) memetik kenyataan Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Filipina bersedia menyokong proses politik di Myanmar yang dipimpin dan dimiliki oleh rakyat Myanmar, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) berdasarkan kenyataan Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA).
  • Pilihan raya anjuran pemerintah tentera Myanmar dari Disember 2025 hingga Januari 2026 merupakan pilihan raya pertama sejak tentera merampas kuasa pada Februari 2021.
  • Utusan Khas Filipina, Ma Theres P Lazaro, ditugaskan untuk memfasilitasi penyelesaian damai krisis Myanmar dengan fokus pada dialog konstruktif serta bantuan kemanusiaan, mengambil kira Konsensus Lima Perkara.

Kenyataan itu dikeluarkan menjelang pilihan raya anjuran pemerintah tentera Myanmar dari akhir Disember 2025 hingga Januari 2026, iaitu pilihan raya pertama sejak tentera merampas kuasa pada Februari 2021.
"Dengan mengambil kira perkembangan berterusan di dalam dan luar Myanmar, Utusan Khas juga akan kekal bersedia dan terbuka terhadap kaedah lain yang boleh menyumbang kepada satu proses politik yang akhirnya dipimpin Myanmar dan dimiliki Myanmar," kata Timbalan Penolong Setiausaha DFA bagi Hal Ehwal ASEAN, Dominic Xavier Imperial.
Setiausaha DFA Ma Theres P Lazaro telah dilantik Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. sebagai utusan khas untuk memudah cara penyelesaian damai krisis Myanmar, memandangkan Filipina akan mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2026.
Imperial berkata Lazaro akan meneruskan kemajuan yang telah dibuat oleh Utusan Khas Malaysia sebelum ini dan memberi tumpuan kepada usaha memudah cara dialog konstruktif serta bantuan kemanusiaan di Myanmar.
"Utusan Khas berhasrat untuk melandaskan kerjanya dalam Konsensus Lima Perkara, ke arah tindakan yang teliti, pragmatik dan mampan dalam proses tersebut," katanya.
Myanmar terjerumus ke dalam kekacauan apabila tentera mengadakan rampasan kuasa dan menggulingkan kerajaan demokratik pada Februari 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Myanmar
#Filipina
#bantuan kemanusiaan
#Filipina Pengerusi ASEAN 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan