DUNIA
Florida rancang hapuskan kewajipan vaksin, cetus kritikan

Ketua Pakar Bedah Negeri Florida, Joseph Ladapo berkata, syarat vaksinasi di sekolah ketika ini menyekat keupayaan ibu bapa membuat keputusan kesihatan untuk anak-anak. - Gambar hiasan/ Reuters
NEW YORK: Florida pada Rabu mengumumkan rancangan untuk menghapuskan kewajipan vaksin peringkat negeri termasuk bagi pelajar sekolah, sekali gus menjadi negeri pertama berbuat demikian, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Florida mengumumkan rancangan untuk menghapuskan semua kewajipan vaksin termasuk bagi pelajar sekolah, menjadikannya negeri pertama di Amerika Syarikat yang berbuat demikian.
- Ketua Pakar Bedah Negeri menyatakan langkah ini bertujuan memberi kebebasan kepada ibu bapa dalam membuat keputusan kesihatan anak-anak, namun ia menerima kritikan hebat daripada pakar kesihatan dan ahli politik.
- Pakar memberi amaran bahawa tindakan ini boleh mencetuskan semula penularan penyakit berjangkit seperti campak dan dianggap sebagai ancaman kepada kesihatan awam.
Pengumuman itu mencetuskan kritikan daripada pakar serta pegawai kesihatan awam.
"Menghapuskan kewajipan vaksin adalah tindakan cuai dan berbahaya.
"Ini adalah bencana kesihatan awam yang sedang terbentuk di Florida," kata Ahli Dewan Perwakilan Demokrat, Anna Eskamani di platform media sosial X.
Beliau memberi amaran ia boleh mencetuskan wabak penyakit yang boleh dicegah.
"Ini tidak masuk akal. Florida sudah pun mempunyai pengecualian perubatan dan agama yang luas bagi vaksin kanak-kanak, jadi mana-mana keluarga yang benar-benar menolak vaksinasi boleh memilih untuk tidak mengambilnya," kata pemimpin Demokrat Senat Florida Lori Berman dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Pengarah Pusat Pendidikan Vaksin di Hospital Kanak-Kanak Philadelphia, Paul Offit memberitahu The Washington Post bahawa penyakit campak dijangka kembali menular.
"Penyakit berjangkit lain juga akan menyusul. Ini langkah luar biasa yang hanya akan meletakkan anak-anak kita dalam risiko yang tidak perlu," kata beliau.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami