Kunjungan rasmi pertama oleh seorang pemimpin tertinggi Katolik ke Semenanjung Arab bakal berlaku pada Februari tahun depan apabila Pope Francis memenuhi undangan ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Dalam satu kenyataan dari Vatican, lawatan terkini ke negara Islam yang dijadualkan pada 3 hingga 5 Februari 2019 itu akan dijadikan platform untuk mempromosi keamanan antara agama.
Kunjungan Francis tersebut adalah untuk menyahut undangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed al-Nahyan, dan sebuah komuniti Katolik kecil di negara itu.
Vatican dalam kenyataan itu memberitahu, mereka berterima kasih kepada kerajaan UAE kerana memberi izin kepada Pope Francis untuk ‘meraikan himpunan di lokasi umum di Abu Dhabi’.
Kebebasan untuk mengamalkan ajaran Kristian, atau agama lain selain Islam, agak jarang berlaku di Negara-Negara Teluk dan setiap negara mengenakan peraturan berbeza.
Sebelum ini, Francis pernah melawat Turki, Jordan, Mesir, Bangladesh, Azerbaijan dan wilayah Palestin dan menggunakan peluang itu untuk menyeru dialog antara agama dan mengutuk aktiviti keganasan yang menyalahgunakan nama Tuhan.
"Tema kunjungan itu nanti adalah ‘Jadikan Saya Saluran untuk Keamanan Anda’. Itulah hasrat Pope Francis ke UAE, sekali gus menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh berkerjasama demi keamanan,” ujar jurucakap Vatican Greg Burke.
Agensi
Thu Dec 06 2018
Francis mahu memanfaatkan kunjungannya untuk mempromosi keamanan antara agama. - Reuters
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
G42, Microsoft akan lancar dua pusat AI di Abu Dhabi
Kedua-dua pusat itu dibina berdasarkan kerja yang dilaksanakan Microsoft dan G42 untuk melaksanakan piawaian dan amalan AI Bertanggungjawab.
Lawatan Pope ke Jakarta: Tiga MoU ditandatangani perkukuh agenda persaudaraan manusia sejagat
Pope Francis tiba di Jakarta pada Selasa untuk lawatan tiga hari di Indonesia yang disifatkan sebagai permulaan kepada siri lawatan paling panjang dan jauh pernah dilakukannya.
Pulau khas untuk eSukan akan dibina di Abu Dhabi
Akhir sekali GG Resort juga akan dibina di pulau yang dibina oi a
Siri Asian Le Mans: Agong zahir ucapan tahniah kemenangan sulung Tunku Panglima Johor
Yang di-Pertuan menzahirkan ucapan tahniah kepada Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim atas kemenangan sulung dalam perlumbaan siri Asian Le Mans di Abu Dhabi.
Raja Permaisuri Agong berkenan lawat General Women's Union di Abu Dhabi
Baginda turut diraikan dalam satu majlis sempena sambutan Hari Kesatuan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kali ke-52 anjuran GWU.
WIEF ke-14 di Abu Dhabi beri tumpuan kepada masa depan mampan
Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) edisi ke-14, yang akan berlangsung tiga hari dari 6 hingga 8 Februari 2024.
WIEF ke-14 boleh jadi platform pamer ekonomi MADANI kepada dunia Islam
WIEF di Abu Dhabi dijangka menarik 3,000 peserta global dari 80 negara, dengan 50 pemimpin korporat dijangka mengambil bahagian.
'Palestin, kami bersama anda!' - Islam Makhachev kekal kejuaraan, enggan rai kemenangan di UFC
Makhachev, 31, selaku juara lightweight UFC, menumpaskan Volkanovski menerusi 'knock out' pada minit 3:06 pusingan pertama.
PM Anwar lawat bandar Masdar di Abu Dhabi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Bandar Masdar di Abu Dhabi pada Jumaat, yang terkenal sebagai bandar lestari terancang pertama di dunia.