awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengusaha diberi tempoh hingga Oktober hentikan jualan vape di Perak
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Freedom Flotilla dijangka sampai ke Gaza dalam tiga hingga empat hari

Bernama
Bernama
04/10/2025
01:20 MYT
Freedom Flotilla dijangka sampai ke Gaza dalam tiga hingga empat hari
Songur menekankan bahawa perjuangan mereka akan diteruskan sehingga berjaya memecahkan sekatan tidak berperikemanusiaan Israel dan membuka laluan kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza. - Foto Instagram
ANKARA/ISTANBUL: Freedom Flotilla Coalition hanya berbaki 430 batu nautika lagi dan dijangka tiba di perairan Gaza dalam tempoh tiga hingga empat hari, kata wakil pakatan itu kepada Anadolu Ajansi.
"Mudah-mudahan dalam masa tiga atau empat hari lagi, kami akan sampai ke sempadan Gaza untuk memasuki perairan wilayahnya, memecahkan sekatan ini dan menzahirkan solidariti bersama saudara-saudara kita dalam (Global) Sumud Flotilla," kata Behesti Ismail Songur.
Songur berkata, Freedom Flotilla yang diketuai kapal Vicdan turut disertai 10 kapal lain dengan kehadiran petugas kesihatan terkenal dunia termasuk doktor, jururawat, wakil organisasi media serta tiga anggota parlimen Turkiye.
Beliau menegaskan kapal Vicdan berlayar khusus untuk menyalurkan bekalan perubatan ke Gaza.
Sambil menekankan bahawa perjuangan mereka akan diteruskan sehingga berjaya memecahkan sekatan tidak berperikemanusiaan Israel dan membuka laluan kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Songur berkata: "Sebenarnya ada mesej mendalam di sebalik usaha ini yang perlu difahami."
"Selepas 7 Oktober, kami menyiapkan dan melancarkan kapal Vicdan. Sejurus selepas itu, kapal Madleen dan kemudian Hanzala turut dilancarkan," jelasnya.
Vicdan Gemisi Bilgilendirme Gazze'ye son 426 Mil srailin soykrmna kar, Gazze'ye doktorlar ulatrmak için yola çkan Vicdan Gemisi yoluna devam ediyor. Havann rüzgarl ve denizinde dalgal olmasndan dolay mevsim artlar bu filonun ilerlemesini zorlasada, Vicdan https://t.co/W9uwrv28UE pic.twitter.com/vUheQcJ7y4
— Beheti smail SONGÜR (@behestiismail) October 3, 2025
Menurutnya, masyarakat dunia yang berjiwa kemanusiaan kini menerima hakikat bahawa sekatan ini akan dipecahkan dan ia hanya boleh dilakukan melalui laluan laut.
Merujuk kepada puluhan individu yang ditahan di penjara Israel selepas menyertai Sumud Flotilla, beliau menegaskan: "Ada satu kebenaran yang mesti difahami Israel.
"Walau sekuat mana pun usaha mereka menghalang flotila ini, gerakan ini akan terus berkembang dan kemarahan rakyat awam yang tulus ini akan sampai ke sempadan Palestin serta memecahkan sekatan itu."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Freedom Flotilla Coalition
#GSF
#Behesti Ismail Songur
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan