awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FYP ke-15 perlu digariskan secara saintifik - Xi

Bernama
Bernama
01/05/2025
13:00 MYT
FYP ke-15 perlu digariskan secara saintifik - Xi
Xi turut menegaskan keperluan mengekalkan tahap keterbukaan yang tinggi, mendorong pembangunan berkualiti serta menyepadukan agenda pembangunan dengan keselamatan negara. - CMG / Bernama
SHANGHAI: Presiden China Xi Jinping menegaskan bahawa Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 bagi tempoh 2026 hingga 2030 perlu digariskan secara saintifik, selaras dengan perubahan situasi semasa dan keutamaan strategi negara.
Perkara itu ditekankan Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, ketika berucap pada simposium mengenai pembangunan ekonomi dan masyarakat untuk tempoh berkenaan yang diadakan di sini pada Rabu.
Beliau berkata perancangan berkenaan perlu memfokuskan kepada mencapai modenisasi pada asasnya, dengan berpandukan visi pembangunan negara yang kuat serta merealisasikan kebangkitan bangsa.
Di samping itu, matlamat dan misi dalam pelbagai aspek FYP ke-15 perlu dikaji dengan teliti agar ia menepati ciri-ciri saintifik, tepat dan boleh dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang.
Xi turut menegaskan keperluan mengekalkan tahap keterbukaan yang tinggi, mendorong pembangunan berkualiti serta menyepadukan agenda pembangunan dengan keselamatan negara.
Beliau juga menuntut supaya pembangunan kuasa produktif berkualiti baharu dijadikan strategi yang lebih diutamakan, di samping mendorong pembinaan sistem perindustrian moden serta menyempurnakan sistem inovasi di peringkat negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem inovasi
#perindustrian moden
#keselamatan negara
#agenda pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan