SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes

Lilis Saslinda (tiga kanan), meninjau beberapa barangan yang terlibat dalam SHMMP Krismas 2025 selepas merasmikan pelaksanaan skim tersebut di Jaya Grocer, hari ini. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor mencatatkan 354 kes bagi pelbagai kesalahan, menerusi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) melibatkan tiga siri perayaan tahun ini.
Ringkasan AI
- KPDN Johor mencatatkan 354 kesalahan semasa pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, melibatkan tiga siri perayaan termasuk Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Puasa.
- Kesalahan utama adalah tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu, dengan 343 kes dilaporkan, menjejaskan pengguna yang memerlukan maklumat harga yang jelas.
- Jumlah kesalahan yang dikesan termasuk tidak meletakkan tanda harga dan harga barangan melebihi had kawalan, yang menyebabkan pihak berkuasa terus memantau peniaga bagi memastikan kepatuhan undang-undang.
Menurutnya tanda harga berkenaan penting bagi memaklumkan kepada pengguna bahawa barangan disenaraikan di bawah skim kawalan harga.
"Kesalahan lain yang dikesan termasuk enam kes tidak meletakkan tanda harga dan lima kes harga barangan melebihi harga kawalan," katanya pada sidang media pelancaran SHMMP Krismas 2025, di sebuah pasar raya, di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini jumlah kompaun belum dimuktamadkan dan jumlah kes direkodkan setakat ini menerusi SHMMP meningkat berbanding 78 kes termasuk perayaan Krismas pada tahun lepas.
Lilis Saslinda berkata penguat kuasa sentiasa melakukan pemantauan setiap hari menerusi pelbagai operasi bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang.
Sementara itu, beliau berkata SHMMP Krismas yang berkuat kuasa hari ini sehingga 27 Dis di Johor, melibatkan sembilan jenis barangan iaitu kambing biri-biri bertulang import China, ubi kentang import Indonesia dan China, kubis bulat import, lobak merah China, tomato, lada benggala hijau, cili merah, bawang merah besar dan bawang kuning besar.
Beliau berkata pelaksanaan skim kawalan harga itu disusun berdasarkan keadaan semasa, bagi mewujudkan situasi menang-menang antara pengguna dan peniaga.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


