Skip to main content

Dunia

Gabenor Jakarta, Jokowi hasrat jalin kerjasama dengan SMART

71371223336_295x200.jpg
Gabenor Jakarta, Joko Widodo berhasrat menjalinkan kerjasama dengan pengendali Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) dan Syarikat Prasarana Negara Berhad.

Ia bertujuan berkongsi kepakaran kedua syarikat tempatan itu dalam pembinaan terowong dan sistem monorel.

Jelasnya, infrastruktur berkenaan sangat menarik dan ia boleh diguna pakai di Jakarta bagi mengelakkan banjir besar dan kesesakan lalu lintas.

"Ia sangat menarik dan banyak sekali yang boleh dipakai oleh Jakarta untuk  memutuskan projek seperti ini,โ€ ulas Jokowi.

Tambahnya lagi, "Saya kira dua-duanya bisa, monorel juga bisa kalau di sini juga mahu kerjasama dan di Smart Tunnel juga sama, saya kira bisa ada ini kesamaan dan dari segi bahasanya lebih mudah."

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di ibu pejabat Smart dan Prasarana di ibu negara hari ini.

Januari lepas Jakarta dilanda banjir besar yang mengakibatkan kerugian sebanyak IDR20 trilion.

Seminggu kemudian Jokowi mengumumkan hasrat pentadbirannya untuk  membangunkan terowong pelbagai fungsi seperti Smart yang dibangunkan di negara ini.

Struktur jalan dan perparitan di Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada 2007 itu, menjadi inspirasi kepada gabenor itu bagi mengatasi masalah banjir di Jakarta.

Menurutnya pelan pembangunan terowong mega berdiameter 16 meter itu, dijangka menelan belanja  IDR16 trilion.

Advertisement

Must Watch Video