Gabenor New York Andrew Cuomo menyatakan sudah tiba masanya untuk melaksanakan reformasi sistematik dalam kaedah kepolisan Amerika Syarikat (AS).
Dalam taklimat di New York City pada Sabtu, beliau mencabar masyarakat dan pihak berkepentingan untuk merebut peluang untuk membuat perubahan berkekalan melalui perundangan.
Cuomo berkata beliau percaya inilah saatnya untuk merubah keseluruhan isu tersebut selepas melihat tunjuk perasaan dan demonstrasi yang tercetus akibat kes kematian George Floyd didakwa disebabkan keganasan polis.
Gabenor itu menandatangani rang undang-undang pada Jumaat bagi memastikan polis lebih bertanggungjawab.
Langkah itu mendapat sokongan daripada penunjuk perasaan anti-perkauman.
Langkah-langkah itu dipersetujui awal minggu ini oleh badan perundangan yang dipimpin Demokrat negeri New York.
Beberapa rang undang-undang telah diusulkan dalam beberapa tahun yang lalu, namun gagal mendapat persetujuan.
Walau bagaimanapun, pengubal undang-undang menggerakkan semula usaha itu setelah demonstrasi besar-besaran di seluruh negara bagi meminta keadilan di atas kematian Floyd di tangan polis Minneapolis.
"Formula yang berhasil adalah demonstrasi, protes, buat kes, kemudian buat perubahan undang-undang.
"Menginstitusikan perkara yang anda lakukan dan kemudian rekonsilasi (pendamaian). Demonstrasi, perundangan, rekonsilasi.
"Sekarang adalah masa bagi setiap masyarakat untuk menulis di atas kertas dan membuat reformasi sistematik. Mengambil kemarahan dan kekecewaan yang kita lihat dalam demonstrasi.
"Dan sekarang saya katakan kepada semua komuniti, kita mempunyai 500 pasukan polis di dalam negeri ini sahaja, 18,000 seluruh negara.
"Apa yang anda mahu dari segi reformasi? Apa perubahan yang anda mahukan dan apa yang anda mahu lihat kepolisan pada tahun 2020?
"Tulis di atas kertas. Duduk, reka semula pasukan polis untuk tahun 2020," kata Cuomo.
Astro Awani
Sat Jun 13 2020
Cuomo menyatakan sudah tiba masa untuk melaksanakan reformasi sistematik dalam kaedah kepolisan AS. -Gambar fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gabenor New York, Andrew Cuomo letak jawatan selepas terpalit skandal gangguan seksual
Cuomo, 63 tahun menerima tekanan yang mendesaknya supaya meletakkan jawatan sejak beberapa hari lalu.
COVID-19: Darurat di New York berakhir - Cuomo
Beberapa garis panduan yang ditetapkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) masih lagi berkuat kuasa termasuk penggunaan pelitup muka.
COVID-19: New York sasar 70 peratus divaksinasi dalam masa terdekat
Bagaimanapun, peraturan berhubung COVID-19 akan tetap diguna pakai di kawasan tertentu seperti transit awam dan venue yang besar.
New York benarkan buka pelitup muka sekiranya sudah divaksinasi
Gabenor New York, Andrew Cuomo dalam pengumumannya berkata perkara itu dilakukan demi mempercepatkan pembukaan semula negara berkenaan.
New York muktamad undang-undang benar jualan ganja
Persetujuan yang dicapai penggubal undang-undang pada Sabtu itu akan memperluaskan program ganja bagi tujuan perubatan.
COVID-19: Pusat vaksinasi diperkasa di AS, vaksin tidak mencukupi di Bosnia
Pusat vaksinasi terbesar di AS akan dibuka di New York pada Rabu.
Trump digesa keluar arahan eksekutif wajibkan pemakaian pelitup muka
Cuomo turut berkata pihaknya sedang mempertimbang untuk melonggarkan sekatan dengan membenarkan pengunjung makan di dalam restoran di New York dan keputusan itu akan dibuat pada Rabu.
Cuomo ancam tutup semula New York jika tidak patuhi arahan
Gabenor New York, Andrew Cuomo mengancam akan menutup semula negeri itu jika lebih banyak pelanggaran arahan untuk mengekang COVID-19 berlaku.
Gabenor New York gerak usaha ke arah reformasi polis AS
Cuomo mencabar masyarakat dan pihak berkepentingan untuk merebut peluang untuk membuat perubahan berkekalan melalui perundangan.