awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gabungan lapan parti Thailand kembali sokong Pita dalam pengundian kali kedua

Bernama
Bernama
17/07/2023
15:57 MYT
Gabungan lapan parti Thailand kembali sokong Pita dalam pengundian kali kedua
Calon perdana menteri Thailand Pita Limjaroenrat telah mendapat sokongan daripada gabungan lapan parti untuk dicalonkan semula pada pusingan kedua pengundian pada Rabu. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Calon perdana menteri Thailand Pita Limjaroenrat telah mendapat sokongan daripada gabungan lapan parti untuk dicalonkan semula pada pusingan kedua pengundian pada Rabu.
Bagaimanapun, ini boleh menjadi percubaan terakhirnya untuk memenangi jawatan tertinggi kerana Pita sebelum ini mengumumkan bahawa beliau akan memberi laluan kepada parti kedua terbesar dalam gabungan (Pheu Thai Party) jika gagal memperoleh sokongan yang diperlukan buat kali kedua.
Hari ini, gabungan lapan parti diketuai Parti Move Forward (MFP) Pita mengesahkan sokongannya kepada beliau walaupun beliau gagal mendapat sokongan lebih separuh daripada 749 anggota Parlimen dalam percubaan pertamanya Khamis lalu.
Walaupun menjadi calon perdana menteri tunggal, Pita hanya memperoleh 324 undi, manakala 182 undi menentangnya dan 199 berkecuali.
Bagaimanapun, gabungan itu masih memerlukan 63 undi kerana 249 senator yang dilantik oleh junta mungkin menjadi batu penghalang dalam usaha Pita untuk menjadi perdana menteri.
Pheu Thai memenangi 141 kerusi dalam pilihan raya itu. Calon perdana menterinya termasuk Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra dan taikun hartanah Srettha Thavisin.
Sementara itu, Pita berkata rancangan untuk memfailkan usul meminda Perkara 272 bagi menyekat kuasa 250 Senat yang dilantik hanyalah dikemukakan oleh MFP, manakala tujuh lagi parti gabungan itu tiada kaitan dengan cadangan pindaan itu.
Jika diluluskan, pindaan itu akan menghapuskan kuasa senator untuk bersama-sama mengundi dengan ahli Parlimen yang dipilih untuk pengundian jawatan perdana menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Calon Perdana Menteri Thailand
#Pita Limjaroenrat
#sokongan
#gabungan lapan parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan