awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis terkejut gambar disunting jadi gemuk enam kali ganda

Agensi
Agensi
20/02/2019
00:13 MYT
Gadis terkejut gambar disunting jadi gemuk enam kali ganda
Seorang remaja dari Glasgow, terkejut apabila mendapati gambar telah disunting untuk membuatnya kelihatan gemuk oleh pembuli siber - Gambar Facebook @Thegirlsun
TERKEJUT!
Seorang remaja dari Glasgow, Scotland terkejut apabila mendapati gambarnya telah disunting oleh pembuli siber untuk membuatnya kelihatan gemuk.
Gambar Jodie Thrope, 16, disunting untuk kelihatan seperti mempunyai masalah berat badan berlebihan enam kali ganda.
Lebih menyedihkan apabila mengetahui pembuli siber tersebut juga telah menggunakan gambarnya untuk satu aplikasi temu janji.
Menerusi laporan Mirror.UK, Jodie mengetahui perkara tersebut selepas seorang pengguna media sosial melaporkan perkara tersebut kepadanya selepas melihat gambar yang dicuri di media sosial itu telah dimanupulasi.
Menurut Jodie, dia cuba memikirkan sesiapa yang cuba melakukan perkara tersebut namun masih tidak pasti untuk tujuan apa gambarnya diperlakukan sedemikian dan baginya keadaan itu sangat pelik.
Tambahnya, ia merasakan tindakan itu agak lucu dan pelik kerana seseorang mempunyai masa untuk menyunting gambarnya.
“Saya rasa agak lucu dan pelik pada masa yang sama, kerana individu tersebut mempunyai masa untuk menyunting gambar saya sebegitu, saya pun tidak tahu apa tujuannya sama ada untuk bergurau atau memalukan saya,” katanya
Kawan kepada Jodie juga meluahkan rasa marahnya di Twitter.
“Seseorang telah mengambil gambar Jodie dan berpura-pura menjadi Jodie pada aplikasi janji temu, individu tersebut juga telah mengubah bentuk badan Jodie menjadi gemuk, itu semua untuk apa,” katanya di Twitter.
Topic Berkaitan
#Aplikasi Temu Janji
#Media
#media sosial
#Pembuli Siber
#penipuan
#remaja
#Scotland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan