awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar kumpulan Daish: Polis Indonesia bebaskan 8 lelaki diusir Singapura

Agensi
Agensi
13/01/2017
08:08 MYT
Gambar kumpulan Daish: Polis Indonesia bebaskan 8 lelaki diusir Singapura
Polis Indonesia pada Jumaat juga berkata bahawa memandangkan gambar-gambar tersebut diterima melalui aplikasi tersebut, ia tidak bermaksud bahawa suspek mempunyai niat untuk menyertai Daish. - Gambar hiasan
Polis Indonesia membebaskan lapan lelaki yang telah diusir keluar dari Singapura awal minggu ini kerana didakwa memiliki gambar-gambar kumpulan Daish.
Lapor Channel News Asia, pihak berkuasa republik itu mengatakan tiada bukti yang boleh mengaitkan mereka dengan kumpulan militan itu berjaya ditemui.
Warga Indonesia itu telah ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodland Singapura pada Selasa selepas pihak kastam berkata menjumpai “gambar yang berkait dengan isu keselamatan, termasuk sebiji bom kasut dan anggota kumpulan Daish di Iraq dan Syria,” kata Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura (MHA).
Menurut wakil Kementerian Luar Negeri Indonesia Lalu Muhammad Iqbal pada Jumaat (13 Januari), gambar-gambar termasuk bendera Daish telah diterima suspek menerusi perbualan Group di Whatsapp yang disertainya dan telah dimuat turun secara automatik dan tanpa sengaja.
Polis Indonesia pada Jumaat juga berkata bahawa memandangkan gambar-gambar tersebut diterima melalui aplikasi tersebut, ia tidak bermaksud bahawa suspek mempunyai niat untuk menyertai Daish.
Unit Polis Khas Mencegah Keganasan Indonesia, Densus 88 telah menyoal siasat kumpulan tersebut pada Rabu sebelum membebaskan mereka.
Iqbal juga berkata bahawa kumpulan itu pada mulanya bercadang untuk ke Malaysia pada 3 Januari untuk mencari rawatan perubatan untuk salah seorang rakan mereka.
Empat hari kemudian, mereka bergerak ke daerah Pattani di Thailand untuk mempelajari sistem pembelajaran di Lembaga Pendidikan Islam sebelum kembali ke Malaysia dan berhasrat meneruskan perjalanan ke Singapura.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Polis Diraja Malaysia, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay kepada Channel News Asia pada Khamis, mereka merupakan kumpulan Tabligh dari kumpulan Tabligh Jumaat Islam.
Topic Berkaitan
#ayob khan mydin pitchay
#Channel News Asia
#daish
#Indonesia
#keganasan
#unit khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan