awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2026
00:30 MYT
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Kepulauan itu, yang menempatkan kira-kira 4,000 anggota, telah digunakan untuk operasi jarak jauh AS, termasuk di Yaman dan Afghanistan. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata Washington mengekalkan hak untuk “menjamin keselamatan secara ketenteraan” pangkalan udara bersama di Diego Garcia sekiranya sebarang pengaturan pada masa depan mengancam akses AS, susulan perbincangan yang disifatkannya sebagai “produktif” dengan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer.
Trump sebelum ini mengkritik perjanjian Britain pada 2025 untuk menyerahkan kedaulatan Kepulauan Chagos, yang merangkumi pulau menempatkan pangkalan Diego Garcia, sebagai tindakan “kelemahan total” dan “kebodohan besar”.
Bagaimanapun, dalam hantaran di Truth Social pada Khamis, Trump berkata beliau memahami perjanjian yang dimeterai Starmer adalah “yang terbaik yang boleh dibuatnya”.
Di bawah perjanjian 2025 itu, Britain memindahkan kedaulatan Kepulauan Chagos kepada Mauritius, sambil mengekalkan kawalan Britain ke atas Diego Garcia melalui pajakan selama 99 tahun yang membolehkan operasi AS diteruskan di pangkalan berkenaan.
“Namun, jika perjanjian pajakan itu pada suatu ketika nanti gagal, atau jika sesiapa mengancam atau membahayakan operasi dan anggota AS di pangkalan kami, saya mengekalkan hak untuk menjamin keselamatan secara ketenteraan dan memperkukuh kehadiran AS di Diego Garcia,” kata Trump.
Kerajaan Britain sebelum ini berkata langkah itu diambil atas pertimbangan keselamatan negara selepas keputusan mahkamah antarabangsa mengancam keupayaan London mengekalkan pangkalan tersebut di bawah pengaturan lama.
Kepulauan itu, yang menempatkan kira-kira 4,000 anggota, telah digunakan untuk operasi jarak jauh AS, termasuk di Yaman dan Afghanistan.
Topic Berkaitan
#Diego Garcia
#Donald Trump
#pangkalan udara
#keselamatan anggota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan