LONDON: Lapangan Terbang Manchester di United Kingdom mengalami gangguan operasi termasuk penangguhan dan pembatalan penerbangan akibat masalah bekalan elektrik, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan akhbar lapangan terbang itu, gangguan bekalan elektrik menyebabkan gangguan ketara, mengakibatkan pembatalan penerbangan dari Terminal 1 dan 2.
Penumpang yang dijadualkan berlepas dari terminal berkenaan hari ini dinasihatkan supaya tidak datang ke lapangan terbang sehingga diberitahu kelak.
Setakat pukul 1130 GMT pada Ahad, lebih 15 penerbangan telah dibatalkan, menurut papan kenyataan pelepasan lapangan terbang.
Penangguhan pada Ahad telah menarik aduan daripada ramai pengembara. Seorang pengguna bernama "itzaaron_69" mengulas di bawah buletin lapangan terbang di platform media sosial X, mengatakan mereka telah berdiri di tempat yang sama selama lebih satu setengah jam.
Seorang lagi pengguna "Suzanne Shrewsbury" berkata anak lelakinya telah mendarat di Manchester tetapi diberitahu bahawa mereka perlu menunggu beberapa jam sebelum dapat turun dari pesawat.
Sehingga waktu berita ini disiarkan, bekalan elektrik telah dapat dipulihkan dan pihak lapangan terbang berkata mereka sedang berusaha untuk memastikan penumpang menaiki penerbangan mereka secepat mungkin.
Sebagai pintu masuk global Britain di utara England, Lapangan Terbang Manchester melayani lebih 25 juta penumpang pada tahun 2023. Ia sedang menjalani fasa akhir program transformasi bernilai GBP1.3 bilion (US$1.64 bilion), yang dijangka siap pada tahun 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
Gangguan bekalan elektrik menyebabkan gangguan ketara, mengakibatkan pembatalan penerbangan dari Terminal 1 dan 2. - Reuters
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Manchester punca penerbangan dibatal, ditangguh
Gangguan bekalan elektrik menyebabkan gangguan ketara, mengakibatkan pembatalan penerbangan dari Terminal 1 dan 2.