awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan internet boleh lindungi kekejaman Israel di Gaza - HRW

Sinar Harian
Sinar Harian
28/10/2023
04:51 MYT
Gangguan internet boleh lindungi kekejaman Israel di Gaza - HRW
Ketiadaan perkhidmatan internet menyukarkan orang awam dan kumpulan hak asasi manusia menyiarkan kekejaman dilakukan Israel di platform media sosial. - Gambar/ Reuters
KUMPULAN hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) berkata, pemadaman rangkaian telekomunikasi di hampir keseluruhan Genting Gaza membuka ruang lebih luas kepada Israel melakukan keganasan di wilayah yang dikepung itu.
Penyelidik kanan HRW, Deborah Brown berkata, ketiadaan perkhidmatan internet menyukarkan orang awam dan kumpulan hak asasi manusia menyiarkan kekejaman dilakukan Israel di platform media sosial.
Rangkaian komunikasi dan internet di Gaza terputus sepenuhnya ketika Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memperhebatkan pengebomannya ke atas Gaza pada Jumaat.
Keadaan itu menyebabkan 2.2 juta penduduk Gaza terputus hubungan dengan dunia luar.
"Pemadaman ini berisiko menyediakan perlindungan untuk kekejaman besar-besaran dan menyumbang kepada pencabulan hak asasi manusia sewenang-wenangnya oleh Israel," ujar Brown.
Wartawan AFP di Gaza mengesahkan bahawa mereka hanya boleh berkomunikasi di kawasan terhad, yang mana mereka hanya boleh berhubung dengan rangkaian Israel merentasi sempadan.
Malah, sejumlah agensi antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terputus hubungan dengan kakitangan mereka di Gaza termasuk Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).
"Hospital PBB dan operasi kemanusiaan tidak boleh diteruskan tanpa komunikasi.
"Situasi semakin buruk selepas ketiadaan elektrik, makanan, air dan ubat-ubatan," kata penyelaras kemanusiaan OCHA, Lynn Hastings.
Kementerian kesihatan di Genting Gaza yang dikendalikan Hamas berkata, sekurang-kurangnya 7,326 orang telah terbunuh, sebahagian besarnya kanak-kanak sejak Israel melancarkan serangan udara ke wilayah itu lebih dua minggu lalu. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Gaza
#talian internet
#kekejaman israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan