Skip to main content

Malaysia

Imigresen tahan 21 warga asing di dua pusat urut di JB

Anggota penguat kuasa JIM Negeri Johor melakukan serbuan ke atas premis urut dan rekleksogi di Johor Bahru, yang disyaki melakukan aktiviti tidak bermoral. Foto JIM Johor
Kesemua suspek ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut. - Gambar/ JIM

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 21 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam serbuan di dua premis urut dan refleksologi di daerah ini pada 3 petang, Khamis lepas.

Pengarah Imigresen Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata hasil risikan dan maklumat awam, kesemua 12 wanita dan tujuh lelaki warga Myanmar serta dua wanita China dipercayai tukang urut berumur antara 18 hingga 41 tahun telah ditahan.

Advertisement

"Kedua-dua premis dipercayai menggaji warga asing tanpa dokumen sah serta menyalahgunakan pas lawatan sosial. Pengurus premis, seorang warga tempatan turut ditahan dalam Ops Gegar ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rusdi berkata kesemua ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut. 

"Sebanyak tujuh borang 29, iaitu saman kepada saksi telah dikeluarkan sepanjang pemeriksaan untuk membantu siasatan," katanya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video