awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ganjaran RM4 juta tangkap anak Osama bin Laden

Agensi
Agensi
01/03/2019
04:04 MYT
Ganjaran RM4 juta tangkap anak Osama bin Laden
HAMZA bin Laden yang juga anak kepada Osama bin Laden yang diburu Amerika Syarikat sejak sekian lama. - Gambar fail
AMERIKA Syarikat (AS) menawarkan ganjaran sebanyak AS$1 juta (RM4 juta) kepada mereka yang boleh menangkap anak bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden yang dikategorikan sebagai 'wajah baharu'ekstremisme.
Hamza bin Laden yang juga dikenali sebagai 'Putera Mahkota Jihad' menjadi buruan sejak beberapa tahun lalu.
Terdapat dakwaan yang menyebut Hamza pernah dikesan berada di Pakistan, Afghanistan dan Syria.
Ada juga yang mendakwa Hamza dikenakan tahanan dalam rumah di Iran.
“Hamza bin Laden ialah anak lelaki Osama dan kini muncul sebagai pemimpin dalam rangkaian Al-Qaeda,” kata Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan.
BACA: Pakistan pindah doktor 'pengkhianat' bantu CIA tangkap Osama Laden
READ: Who shot Bin Laden? Media feud among Navy SEALs
Hamza, 30, telah didakwa oleh pentadbiran AS mengancam untuk menyerang negara kuasa besar itu sebagai membalas dendam di atas kematian bapanya pada 2011.
Agensi perisikan AS juga mendakwa, Hamza dilihat sebagai pengganti bapanya yang mempunyai pengaruh dan peranan yang besar dalam kegiatan jihad.
Hamza menikahi anak perempuan Mohammed Atta yang juga ketua insiden serangan 11 September 2001 di AS yang mengorbankan lebih 3,000 orang.
Topic Berkaitan
#Al-Qaeda
#Hamza bin Laden
#jihad
#RM4 juta tangkap anak Osama bin Laden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan