Gara-gara gagal tunai janji, Datuk Bandar diarak berpakaian wanita

Sinar Harian
Ogos 4, 2019 00:54 MYT
Datuk Bandar San Andrs Puerto Rico, Javier Jimenez dan pembantunya, Luis Ton diarak dengan pakaian wanita. -Foto Sinar Harian
Seorang Datuk Bandar di selatan Mexico dipaksa menyarung pakaian wanita oleh penduduk yang berang selepas beliau gagal menunaikan janji dibuat semasa kempen pilihan raya baru-baru ini.
Video Javier Jimenez yang memakai skirt labuh berwarna hitam dan blaus putih bercorak bunga menjadi tular selepas dimuat naik ke media sosial.
Malah, pembantunya, Luis Ton turut mengalami nasib sama apabila turut dipaksa memakai gaun berwarna merah jambu.
Mereka diarak mengelilingi San Andrés Puerto Rico di wilayah Huixtan selama beberapa hari kerana gagal memperuntukkan 3 juta peso (RM645,954) bagi kos penambahbaikan sistem pengairan bandar tersebut.
BACA: Guru noda pelajar diarak separuh bogel
BACA: Perogol diarak tanpa seurat benang, ditampar penduduk wanita geram
Sementara itu, Jimenez ketika ditemu bual wartawan berkata, beliau cuba untuk memenuhi janji-janjinya namun memberi alasan tiada lagi wang yang disimpan di pejabatnya kerana ia telah diagihkan kepada beberapa majlis perbandaran.
Jimenez menegaskan dirinya tidak bersalah dan bersedia memberi kerjasama jika disiasat polis.
#blaus putih bercorak bunga #Datuk Bandar #Luis Ton #pakaian wanita #San Andr s Puerto Rico #skirt labuh berwarna hitam