Hanya kerana tidak dikurniakan cahaya mata sejak lapan tahun mendirikan rumah tangga, seorang wanita didera suaminya, hinggakan mangsa terpaksa mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Times of India melaporkan, mangsa yang berusia 32 tahun itu ditemukan mati dalam keadaan tergantung di rumahnya di CSK Villas di Rallaguda, Shamshabad, Hyderabad pada Khamis lalu.
Sebelum itu, mangsa yang pernah bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat (IT), juga sempat memuat naik sebuah video di media sosialnya, yang mendedahkan penyeksaan yang berlaku ke atas dirinya hanya kerana dia tidak boleh mengandung.
Menurut sumber polis, berdasarkan siasatan awal, kemuncak kejadian itu berlaku pada Khamis lalu apabila pasangan itu dikatakan bertengkar gara-gara mereka tidak dikurniakan anak.
"Melihat video yang dimuat naik mangsa, salah seorang saudara mangsa bertindak menghubungi ibu bapa wanita itu, sebelum mereka menghubungi suaminya," katanya di sini, pada Jumaat.
Polis memberitahu, apabila suami wanita itu bergegas pulang ke rumah kira-kira pukul 11.30 malam, wanita itu ditemukan dalam keadaan tergantung.
Dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berhampiran.
Kata polis, dalam pada itu, wanita itu turut meninggalkan sekeping nota yang mendedahkan hubungan sulit suaminya dengan seorang wanita.
"Kami masih menyiasat dakwaan yang mengatakan suami mangsa mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.
"Walaupun begitu, kami menahan suami mangsa bagi membantu siasatan," jelasnya.
Astro Awani
Sat Jun 27 2020

Mangsa yang berusia 32 tahun ditemukan dalam keadaan tergantung di kediamannya di Hyderabad, India. - Gambar hiasan

Speedy Tigers tekad tuai emas sulung di Sukan Asia, tiket ke Olimpik
Pasukan lelaki Malaysia telah bermain dalam kesemua 16 edisi sejak hoki membuat penampilan sulung di Sukan Asia pada 1958 di Tokyo, namun pingat emas yang diidam sentiasa terlepas daripada genggaman.

Kerajaan tidak tinggalkan agenda reformasi - PM Anwar
Beliau berkata demikian menjawab soalan Christiane Amanpour dari CNN mengenai kritikan oleh ahli partinya sendiri, Hassan Abdul Karim.

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Kontinjen Malaysia diberi sambutan tradisional di Hangzhou
Sukan Asia ke-19 bakal menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara yang akan menyertai 481 acara daripada 40 sukan.

Sukan Asia: Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni
Shah Firdaus berkata beliau telah cuba sedaya upaya meniup semangat kepada Azizulhasni namun usahanya menemui jalan buntu.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.

Bilangan rakyat Indonesia dapatkan bantuan isu kesihatan mental meningkat
-Ramai yang berminat tetapi mereka malu, enggan, takut untuk dihakimi sekiranya mereka pergi berjumpa pakar psikologi."

Penyerang kereta api Tokyo 2021 dihukum penjara 23 tahun
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun terhadap seorang lelaki kerana melakukan serangan menggunakan pisau dan membakar kereta api di Tokyo pada 2021.

Proses pindaan undang-undang nyahjenayah cubaan bunuh diri selesai di peringkat Parlimen
Ia antara lain bertujuan memberi kuasa kepada pegawai intervensi krisis untuk melakukan penyelamatan terhadap individu yang cuba bunuh diri.

Dewan Negara lulus dua RUU pemansuhan kesalahan cubaan bunuh diri
Ramkarpal berkata terdapat beberapa peruntukan mewajibkan seseorang yang cuba membunuh diri dibawa ke fasiliti perubatan untuk mendapatkan rawatan.

Dekriminalisasi cubaan bunuh diri ambil kira pandangan syariah - Ramkarpal
Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mengkaji secara mendalam cadangan dekriminalisasi cubaan bunuh diri termasuk dari sudut Islam khususnya syariah dalam usaha memansuhkan kesalahan itu.

Dewan Rakyat: Seksyen 309 Kanun Keseksaan cubaan bunuh diri mansuh
Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 bagi memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri.

Bomba berjaya pujuk lelaki cuba bunuh diri
Mangsa yang berusia 33 tahun itu dipercayai mengalami tekanan perasaan dan cuba membunuh diri.

14,600 terbunuh akibat keganasan senjata api di AS
Daripada jumlah itu, 521 adalah remaja manakala 93 adalah kanak-kanak.

Drama Liar semakin 'intense', penonton mula lepas geram dengan watak Dr Aiman
Debaran semakin terasa apabila menonton drama adaptasi siri thriller British pencalonan BAFTA iaitu Liar yang kini sudah memasuki episod 6.

Penyanyi Moonbin Astro dari Korea Selatan ditemukan mati di rumah
Mayat artis berusia 25 tahun itu ditemukan pengurusnya di kediamannya.