awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza: WHO beri amaran risiko penyakit berjangkit merebak ketika konflik berlanjutan

Bernama
Bernama
09/11/2023
04:39 MYT
Gaza: WHO beri amaran risiko penyakit berjangkit merebak ketika konflik berlanjutan
Menurut WHO, masalah kesihatan kini menyaksikan trend yang membimbangkan termasuk cirit-birit "ketika orang ramai terpaksa menggunakan air yang tercemar." - Gambar fail/AP
ANKARA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengeluarkan amaran mengenai risiko penularan penyakit berjangkit di Gaza di tengah-tengah kepungan Israel dan serangan yang berlanjutan.
"Kematian dan kecederaan di Gaza terus meningkat disebabkan keganasan yang semakin meruncing, kesesakan dan gangguan kepada sistem kesihatan, air dan sanitasi menimbulkan ancaman tambahan: penularan penyakit berjangkit dengan kadar cepat," Agensi Anadolu memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia di platform X.
Menurut WHO, masalah kesihatan kini menyaksikan trend yang membimbangkan termasuk cirit-birit "ketika orang ramai terpaksa menggunakan air yang tercemar."
"Keadaan ini amat membimbangkan bagi hampir 1.5 juta orang yang hilang tempat tinggal di seluruh Gaza, terutamanya mereka yang berada di kem perlindungan yang sesak dan akses kepada kemudahan kebersihan dan air bersih adalah terhad, meningkatkan risiko penularan penyakit berjangkit," kata WHO.
Setakat ini lebih 33,000 kes cirit-birit, lebih 54,800 kes jangkitan saluran pernafasan atas, dan beribu-ribu penyakit lain direkodkan sejak pertengahan Oktober.
"Aktiviti vaksinasi rutin yang tergendala serta kekurangan ubat-ubatan bagi merawat penyakit berjangkit meningkatkan lagi risiko penyebaran penyakit.
"WHO menyeru akses bantuan kemanusiaan segera dan dipercepat - termasuk bahan api, air, makanan, dan bekalan perubatan - ke dan di seluruh Semenanjung Gaza," menurut agensi itu, serta menyeru semua pihak yang bertelagah untuk "mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk melindungi orang awam dan infrastruktur awam, termasuk sistem penjagaan kesihatan."
Kementerian Kesihatan Gaza pada Rabu memaklumkan bahawa seramai 172 rakyat Palestin yang cedera telah dipindahkan dari Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah untuk menerima rawatan perubatan sejak awal November.
Pada awal November, kumpulan pertama yang terdiri daripada berpuluh-puluh rakyat Palestin yang cedera dan ratusan individu yang mempunyai dwi kewarganegaraan, mula memasuki Mesir melalui lintasan sempadan Rafah, menurut kenyataan Palestin dan Mesir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#penyakit berjangkit
#Gaza
#WHO
#perang Palestin Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan