awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelaran 'Ratu Camilla' tertera pada kad undangan istiadat pertabalan Raja Charles

Bernama
Bernama
05/04/2023
04:19 MYT
Gelaran 'Ratu Camilla' tertera pada kad undangan istiadat pertabalan Raja Charles
Kad jemputan yang dicetak menggunakan kertas kitar semula itu dihantar kepada kira-kira 2,000 tetamu untuk istiadat pertabalan yang akan berlangsung di Westminster Abbey di London. -AP
LONDON: Gelaran 'Ratu Camilla' dilaporkan mula digunakan secara rasmi pada kad undangan sempena istiadat pertabalan Raja Britain Raja Charles pada 6 Mei ini.
Kad jemputan yang dicetak menggunakan kertas kitar semula itu dihantar kepada kira-kira 2,000 tetamu untuk istiadat pertabalan yang akan berlangsung di Westminster Abbey di London, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.
Menurut laporan, selepas istiadat pertabalan itu Permaisuri Camilla akan dikenali 'Ratu Camilla'.
Pada Februari tahun lalu, mendiang Ratu Elizabeth II pada ulang tahunnya yang ke-70 pemerintahannya bertitah bahawa Duchess of Cornwall Camilla wajar diberikan gelaran Ratu sebaik Raja Charles dinobatkan sebagai Raja.
Menjelang istiadat pertabalan itu gambar rasmi baharu pasangan diraja itu turut dikeluarkan pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ratu Camilla
#Raja Charles
#raja Britain
#kad undangan sempena istiadat pertabalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan