JAKARTA: Seorang ibu tidak tidak menyangka anaknya disahkan terbantut oleh petugas kesihatan Indonesia meskipun kanak-kanak itu kelihatan normal dan tiada masalah kesihatan.

Memetik Kompas, Supiyati memberitahu anak lelakinya berusia empat tahun yang dikenali sebagai PA seorang yang aktif dan tidak mempunyai sejarah penyakit berjangkit berulang sejak bayi.

Dalam pada itu, Supiyati memberitahu pemakanan antara faktor yang menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan PA terbantut selain tidak pernah mahu menjamah nasi dan daging.

“Pemakanan ialah ayam perlu dimasukkan (dimakan), cuma dia (PA) tidak mahu nasi, geli dengan nasi, untuk lauk seperti daging, itu pun tidak.

"Disebabkan corak pemakanan sebegini, PA akhirnya disahkan terbantut kerana ketinggian dan berat badannya tidak sesuai dengan usianya,” katanya.

Disebabkan corak pemakanan sebegini, PA akhirnya disahkan terbantut kerana ketinggian dan berat badannya tidak sesuai dengan usianya.

"Ketinggian 97 sentimeter manakala berat badan 13.7 kilogram, cuma ia sebenarnya tidak kurang langsung. Namun statusnya terbantut," katanya.

Atas sebab itu, Supiyati cuba memujuk anaknya untuk membiasakan diri memakan makanan yang disyorkan pakar pemakanan, walaupun sukar untuk dilakukannya.

“Sehingga kini masih dipantau pusat kesihatan. Dari situ kami disuruh makan ayam itu, tetapi ia masuk sedikit demi sedikit," katanya.