awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang baharu COVID-19 di China, jangkitan dijangka cecah 65 juta kes seminggu

Bernama
Bernama
26/05/2023
12:20 MYT
Gelombang baharu COVID-19 di China, jangkitan dijangka cecah 65 juta kes seminggu
Jangkitan COVID-19 menunjukkan peningkatan di Beijing sejak empat minggu lepas ketika gelombang baharu virus itu melanda China, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat. - Gambar hiasan/AP
BEIJING: Jangkitan COVID-19 menunjukkan peningkatan di Beijing sejak empat minggu lepas ketika gelombang baharu virus itu melanda China, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman.
Sekolah di beberapa bahagian negara itu telah diminta mengambil langkah berjaga-jaga.
Pakar epidemiologi China, Zhong Nanshan, menjangkakan kira-kira 65 juta kes jangkitan baharu setiap minggu pada akhir Jun, menurut media kerajaan.
Zhong menjangkakan kini terdapat kira-kira 40 juta kes baharu setiap minggu.
Walaupun antara 80 dan 90 peratus daripada 1.4 bilion penduduk China dipercayai telah dijangkiti semasa gelombang Disember dan Januari, pakar itu berkata tahap imuniti kini semakin menurun.
Belum ada angka rasmi jumlah kematian akibat virus itu pada musim sejuk, namun pakar asing meletakkan angkanya pada sekitar satu juta.
Pihak berkuasa tidak menjangkakan gelombang jangkitan seperti sebelumnya, namun memberi amaran orang tua dan berpenyakit berhadapan risiko dijangkiti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gelombang baharu
#COVID-19
#China
#Zhong Nanshan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan