NEW DELHI: Delhi merekodkan suhu tertinggi dalam sejarah apabila mencatat bacaan 49 darjah Celsius pada Isnin.
Fenomena ini berlaku susulan gelombang haba yang disebabkan oleh perubahan iklim di sebahagian besar wilayah utara dan tengah India, lapor Telegraph.
Suhu tertinggi pernah direkodkan di Delhi ialah 45.6C pada 29 April 1941.
Ia mendorong Jabatan Meteorologi India (IMD) mengeluarkan amaran agar orang ramai tidak keluar rumah jika tiada keperluan penting selain menggesa mereka agar minum lebih banyak air.
India mengalami beberapa siri gelombang panas rekod tahun ini dikaitkan dengan perubahan iklim.
Mac merupakan bulan paling hangat, menurut IMD, manakala barat laut dan tengah India pula dilanda cuaca paling panas pada April.
Pakar kesihatan berkata kemasukan ke hospital meningkat 20 peratus dan memberi amaran keadaan akan bertambah buruk sebelum kemuncak musim panas berlalu.
"Terdapat peningkatan dalam bilangan pesakit yang datang ke hospital kami akibat gelombang panas.
"Kami telah menerima lebih 150 pesakit pada bulan lalu dan ramai daripada mereka dalam keadaan teruk," kata Dr Ritu Sexena dari Hospital LNJP Delhi.
Sexena menambah, kebanyakan pesakit adalah pekerja bergaji harian tanpa penyaman udara di rumah atau di tempat kerja.
Setakat ini, kira-kira 30 kematian akibat gelombang haba dilaporkan di India.
Di Delhi, orang ramai dilihat menutup kepala dengan kain basah dan menuang air ke badan ketika bergelut dengan cuaca panas.
Astro Awani
Wed May 18 2022
Delhi merekodkan suhu tertinggi dalam sejarah apabila mencatat bacaan mencecah 49 darjah Celsius pada Isnin. -Gambar fail/Reuters
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
Suruhanjaya Eropah peruntukkan 120 juta euro, bantu petani terjejas akibat cuaca buruk
Suruhanjaya Eropah mengumumkan cadangan bantuan kewangan sebanyak 119.7 juta euro (US$141.4 juta) bagi menyokong petani yang terjejas akibat cuaca buruk sepanjang musim bunga dan musim panas lalu.
Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korban gelombang haba meningkat kepada 14, ternakan mati cecah 300,000 di Korea Selatan
Agensi cuaca telah meramalkan bahawa gelombang haba mungkin berterusan sehingga sekurang-kurangnya 15 Ogos.
Lima lagi kematian direkodkan akibat gelombang haba di Korea Selatan
Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, seramai 1,546 orang dilaporkan mengalami penyakit berkaitan haba setakat ini.
4 maut, 400 dirawat di hospital akibat cuaca panas di Korea Selatan
Sebanyak 384 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan di 507 hospital seluruh negara dari Isnin hingga Jumaat minggu lalu, termasuk 114 kes pada Khamis.
Jepun terus rekod suhu tinggi di tengah gelombang haba melampau
Gelombang haba yang melampau di Jepun masih berterusan tanpa tanda-tanda reda, dengan suhu di Kyushu hampir mencecah 40 darjah Celsius pada Ahad, lapor Xinhua memetik ramalan cuaca.
Lima kebakaran akibat gelombang haba di Andalusia
Seramai 170 anggota bomba serta pelbagai jenis jentera dan kenderaan digunakan untuk memadamkan api.
Beberapa bandar Itali siap sedia hadapi kemuncak gelombang haba
Amaran merah, yang tertinggi dalam sistem empat peringkat di Itali, akan berkuat kuasa selama tiga hari di 17 daripada 27 bandar.