GELOMBANG haba yang melanda Eropah setakat ini telah meragut kira-kira 1,700 nyawa di Sepanyol dan Portugal.

Bencana itu turut mencetuskan kebakaran hutan di seluruh benua berkenaan.

Eropah dilanda impak gelombang haba berpanjangan yang menyebabkan beberapa siri kebakaran hutan yang besar serta peningkatan suhu tertinggi dalam sejarah.

Setakat ini, lebih 32,000 kejadian kebakaran hutan dilaporkan berlaku sejak 15 Jun hingga 21 Julai lalu.

Lebih 27,000 hektar kawasan dilaporkan terbakar di Itali.

Manakala, Perancis dan Sepanyol masing-masing merekodkan kira-kira 40,000 dan 199,000 hektar kawasan kebakaran.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan panduan untuk pihak berkuasa bagi menyelamatkan nyawa dan mengukuhkan daya tahan masyarakat dan orang ramai dalam menghadapi musim panas yang melampau.

Panduan itu antara lain, mengesyorkan langkah asas yang perlu diambil oleh setiap orang untuk melindungi diri mereka cuaca panas, mengelakkan aktiviti fizikal yang berat, memastikan kanak-kanak dan haiwan tidak ditinggalkan di dalam kenderaan dan mendapatkan nasihat perubatan jika seseorang itu mengalami sakit kronik atau mengambil pelbagai ubat.