SINGAPURA: Kes COVID-19 di Singapura kembali meningkat sejak sebulan lepas, berpunca terutamanya oleh subvarian Omicron XBB dengan gelombang jangkitan XBB dijangkakan memuncak pada pertengahan November 2022.
Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, pihaknya menjejaki rapat trajektori gelombang itu dan mengambil langkah untuk memastikan kapasiti penjagaan kesihatan kekal dilindungi.
"Di Singapura, XBB kini menjadi subvarian utama yang menular dalam komuniti, menyumbang 54 peratus kes tempatan pada minggu ketiga hingga 9 Okt berbanding 22 peratus minggu sebelumnya," menurut MOH dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Kementerian itu berkata subvarian dominan BA.5 sebelum ini, kini dianggarkan menyumbang 21 peratus daripada kes tempatan manakala subvarian BA.2.75 menyumbang 24 peratus daripada kes.
MOH berkata ada bukti bahawa XBB mungkin memacu semula peningkatan jangkitan.
"Perkadaran jangkitan semula dalam kalangan jumlah kes COVID-19 di Singapura meningkat sejak sebulan lepas dengan jangkitan semula kini menyumbang kira-kira 17 peratus daripada jumlah kes baharu," menurut kenyataan itu.
Memandangkan imuniti daripada jangkitan semula jadi dalam populasi mungkin semakin berkurangan dari semasa ke semasa maka adalah penting untuk memastikan penduduk mendapat perlindungan minimum daripada vaksinasi selain menentukan vaksinasi sentiasa dikemas kini bagi melindungi diri daripada jangkitan yang teruk.
Peningkatan kes kemasukan ke hospital di republik itu juga selari dengan peningkatan kes tempatan secara keseluruhan.
"Yang penting, jumlah kes teruk kekal rendah," menurut MOH.
Setakat 14 Okt 2022, jumlah kes kemasukan ke hospital, memerlukan bekalan oksigen dan yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) masing-masing sebanyak 562,44 dan sembilan, berbanding masing-masing sebanyak 365,37 dan 13 kes seminggu lepas, walaupun Purata Pergerakan Kes Tempatan tujuh hari meningkat kepada 7,716 kes berbanding 4,714 dalam tempoh sama.
Berdasarkan maklumat semasa, MOH menjangkakan "gelombang jangkitan XBB akan memuncak sekitar pertengahan November 2022."
"Dengan menggunakan gelombang BA.5 sebagai petunjuk, kes kemasukan ke hospital kemudiannya memuncak kepada 800 pada Julai 2022, hospital kami dapat menangani jumlah itu," menurut kementerian itu.
Subvarian Omicron XBB pertama kali dikesan pada Ogos 2022 di India dan sejak itu ia dikesan di lebih 17 negara termasuk Australia, Bangladesh, Denmark, India, Jepun dan AS.
"Walaupun pemerhatian oleh negara-negara yang melaporkan XBB, varian itu boleh menular seperti varian lain namun, tiada bukti XBB boleh menyebabkan kesakitan lebih teruk," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022

Kementerian Kesihatan berkata, pihaknya menjejaki rapat trajektori gelombang itu dan mengambil langkah untuk memastikan kapasiti penjagaan kesihatan kekal dilindungi. - Gambar fail

Gempa bumi: Asrama runtuh, pelajar Malaysia di Turkiye selamat
MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia rakam ucapan takziah, simpati kepada Turkiye - Zambry
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.

Agenda AWANI: Kabinet Bayangan
Penubuhan ‘Kabinet Bayangan’ oleh Perikatan Nasional, apa lagi boleh pastikan suara pembangkang bukan sekadar semak dan imbang tetapi lebih bersifat suara ‘Kerajaan Alternatif’?

AWANI Ringkas: Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Turkiye, Syria
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah itu sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

PH belum buat keputusan terima bekas ahli UMNO yang dipecat
Pakatan Harapan belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas Ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu.

Andaian PH tidak dapat dukungan pengundi Melayu tidak benar - Anwar
Andaian kononnya Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat dukungan pengundi Melayu iaitu hanya menerima 19 peratus undian kaum itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 November lepas adalah tidak benar.
![AWANI 7:45 [06/02/2023] - Bincang sebelum keputusan | Tiada wakil Melayu | Kemungkinan banjir | Mangsa gempa bumi meningkat AWANI 7:45 [06/02/2023] - Bincang sebelum keputusan | Tiada wakil Melayu | Kemungkinan banjir | Mangsa gempa bumi meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008269/17543201601675689452319_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [06/02/2023] - Bincang sebelum keputusan | Tiada wakil Melayu | Kemungkinan banjir | Mangsa gempa bumi meningkat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz; 1. PKR rujuk pemimpin UMNO, bekas ahli UMNO masuk PKR 2. Kabinet bayangan PN, dianggap tidak cukup sifat 3. Lagi amaran hujan berterusan.... hujan sampai esok 4. Lebih seribu mangsa gempa bumi Turki dan Syria, Malaysia hantar bantuan #AWANInews

Gempa kedua gegar Turkiye, mangsa maut kini lebih 1,500
Kejadian itu berlaku hanya beberapa jam selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda Turkiye dan Syria pada Isnin.

Kerajaan jamin lindungi IKS jika terkesan akibat COVID-19 di China - Rafizi
Peningkatan COVID-19 ke atas China perlu dipantau kerana apa yang berlaku di negara itu boleh memberi kesan kepada negara seperti Malaysia.

Gelombang jangkitan XBB COVID-19 memuncak menjelang pertengahan Nov 2022 - MOH Singapura
Kes COVID-19 di Singapura kembali meningkat sejak sebulan lepas, berpunca terutamanya oleh subvarian Omicron XBB dengan gelombang jangkitan XBB dijangkakan memuncak pada pertengahan November 2022.

Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod dua hari berturut-turut
Jepun mencatatkan 233,100 kes harian COVID-19 pada Khamis memecah rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut yang turut menyaksikan peningkatan pengunaan katil di hospital.

COVID-19: Sabah catat pertambahan 192 kes positif
Sabah hari ini melaporkan pertambahan 192 kes positif COVID-19 seterusnya mencatatkan peningkatan sebanyak 22 kes berbanding Jumaat.

Kes COVID-19 di Kelantan tidak meningkat meskipun ramai perantau pulang - Dr Izani
Bilangan kes COVID-19 di Kelantan tidak menunjukkan peningkatan meskipun dengan kepulangan begitu ramai perantau menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

COVID-19: Kes terkawal, tapi Mei masih dalam mod berjaga-jaga - Pakar kesihatan
Pun begitu, Shamsul Bahari berkata risiko peningkatan kes masih tetap ada kerana Malaysia masih di peringkat awal peralihan fasa endemik.

COVID-19: Kes jangkitan baharu di sabah kekal stabil antara 60-150 kes - Masidi
Jumlah jangkitan baharu di Sabah dijangka kekal stabil dalam masa terdekat dengan pergerakan turun-naik angka harian dalam lingkungan antara 60 hingga 150 kes.

KKM jangka kes COVID-19 akan meningkat selepas Aidilfitri - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes penularan COVID-19 akan meningkat pada perayaan Aidilfitri ini.

Kes COVID-19 melonjak di Australia akibat subvarian Omicron
Kes jangkitan harian COVID-19 di beberapa negeri di Australia menyaksikan peningkatan mendadak susulan subvarian BA.2 Omicron, lapor Xinhua.

Untuk hidup dengan COVID-19, rakyat kena terima naik turun kes - Khairy
Tegas Khairy, untuk hidup bersama COVID-19, masyarakat perlu terima hakikat bahawa akan berlaku turun dan naik kes.