awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa 6.7 magnitud gegar Filipina

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2024
05:40 MYT
Gempa 6.7 magnitud gegar Filipina
Gempa itu berlaku pada kedalaman 70 kilometer (43 batu) kira-kira 100 kilometer di tenggara perbandaran Sarangani di luar pulau Mindanao, kata USGS. - Gambar/ Sinar Harian/ Agensi
GEMPA bumi berukuran 6.7 magnitud melanda di pantai selatan Filipina pada Selasa, kata Kajian Geologi AS (USGS).
Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan memberitahu, tiada laporan mengenai korban atau kerosakan.
Gempa itu berlaku pada kedalaman 70 kilometer (43 batu) kira-kira 100 kilometer di tenggara perbandaran Sarangani di luar pulau Mindanao, kata USGS.
Menurut Sistem Amaran Tsunami AS dan agensi seismologi Filipina, gempa bumi itu tidak mencetuskan amaran tsunami.
"Dengan rahmat Tuhan, gempa di wilayah kami tidak begitu kuat," kata Ketua Sarjan Ian Roy Balandan dari pejabat polis wilayah Sarangani di Mindanao, seperti dilaporkan AFP.
Balandan memberitahu tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan infrastruktur atau rumah.
"Ia benar-benar ringan. Orang ramai tidak merasakannya," katanya.
Gempa bumi kerap melanda Filipina, yang terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, lengkok aktiviti seismik dan gunung berapi yang kuat yang membentang dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.
Bulan lalu, gempa bumi berukuran 7.6 magnitud melanda Mindanao, mencetuskan amaran tsunami secara ringkas. Sekurang-kurangnya tiga orang mati. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Filipina
#USGS
#Mindanao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan