GEMPA bumi berukuran 7.0 magnitud menggegarkan kawasan Laut Bali di Indonesia pada Selasa, kata Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC).

Pusat gempa dikesan pada kedudukan 203 kilometer (km) utara Mataram dan pada kedalaman 516km di bawah permukaan bumi.

Pemantu gempa Amerika Syarikat US Geological Survey (USGS) pula mencatatkan gempa tersebut pada 7.1 magnitud.

Sistem Amaran Tsunami AS berkata tiada ancaman tsunami akibat gempa berkenaan yang berlaku di bawah dasar laut.

Tiada kerosakan atau kemalangan jiwa juga dilaporkan namun beberapa video yang dimuat naik di platform media sosial X, dikenali sebagai Twitter sebelum ini, menunjukkan kesan gegaran yang dirasai penduduk di sekitar kawasan berkenaan.