NUKU'ALOFA: Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda Tonga pada Khamis.

Menurut laporan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa dikesan pada kedalaman 212 kilometer (km).

Pusat gempa dikesan pada jarak 73km barat laut Hihifo, Tonga.

Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat bagaimanapun tidak mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa.