awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bermagnitud 6.4 gegar Croatia

Bernama
Bernama
30/12/2020
02:49 MYT
Gempa bermagnitud 6.4 gegar Croatia
Antara bangunan yang mengalami kemusnahan akibat kejadian gempa bumi di Petrinja, Croatia, 29 Dis, 2020. (Foto AP)
ZAGREB:Gempa berkekuatan 6.4 pada skala Richter menggegarkan Petrinja, sebuah kota kecil kira-kira 50 kilometer sebelah tenggara Zagreb, ibu negara Croatia, pada 12.19 tengah hari waktu tempatan (1119 GMT) pada Selasa, kata Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC).
Agensi berita Xinhua melaporkan polis tempatan mengesahkan lima orang terbunuh dalam kejadian itu.
Sekurang-kurangnya 20 orang cedera dirawat di hospital dan pasukan penyelamat masih mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.
"Bandar saya musnah teruk. Ada kanak-kanak turut menjadi korban. Keadaan itu sukar untuk digambarkan ia umpama Hiroshima," kata Datuk Bandar Petrinja Darinko Dumbovic kepada televisyen negara.
Perdana Menteri Andrej Plenkovic, Presiden Zoran Milanovic dan beberapa menteri turut melawat kawasan kejadian.
"Kami minta maaf. Ini adalah tragedi. Tentera, polis, anggota perubatan, perkhidmatan awam dan bomba sudah berada di lokasi," kata Plenkovic kepada wartawan di Petrinja.
Sebelum ini pada pagi Isnin, kawasan berhampiran dengan lokasi kejadian turut dilanda gempa bumi bermagnitud 5.2 pada skala Richter, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Croatia
#gempa bumi
#Petrinja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan