TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter menggegarkan pulau Izu di selatan Tokyo pada Isnin, lapor Xinhua.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa bumi terbabit berlaku pada 4:42 petang waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer, di perairan sekitar pulau Niijima dan Toshima.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

--BERNAMA-XINHUA