awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi 5.6 skala richter landa Myanmar, tiada kerosakan dilaporkan

Bernama
Bernama
13/04/2025
06:45 MYT
Gempa bumi 5.6 skala richter landa Myanmar, tiada kerosakan dilaporkan
Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar menyatakan kekuatan sebenar gegaran pada 5.5 skala Richter. - USGS
ANKARA: Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Myanmar pada Ahad, namun tiada kematian atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC).
Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar menyatakan kekuatan sebenar gegaran pada 5.5 skala Richter, lapor Anadolu Ajansi (AA).
EMSC melaporkan pusat gempa terletak kira-kira 14.5 kilometer timur laut bandar Wundwin, dalam wilayah Mandalay, dengan kedalaman 35 kilometer (21.7 batu).
Negara Asia Tenggara itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda wilayah tengah, kawasan yang dihuni oleh 17 juta penduduk pada 28 Mac lalu.
Kira-kira 3,649 orang terkorban, 5,018 cedera dan 145 lagi masih hilang akibat bencana itu.
Sejak 28 Mac, sebanyak 89 gegaran susulan direkodkan di Myanmar, menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Myanmar
#gempa bumi
#skala Richter
#iada kematian
#usat Seismologi Eropah-Mediterranean
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan