MANILA: Gempa bumi luar pesisir berukuran 6.6 magnitud menggegarkan selatan Filipina pada Selasa.

Gempa bumi yang berlaku pada jam 9.39 pagi waktu tempatan itu melanda pada kedalaman 122 kilometer (km), kira-kira 434 km tenggara Pulau Balut di bandar Sarangani, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

Gempa tektonik itu dijangka mencetuskan gegaran susulan tetapi tiada ancaman tsunami direkodkan.

Kepulauan Filipina memiliki aktiviti seismik yang kerap ekoran kedudukannya di sepanjang "Ring of Fire" Pasifik. -BERNAMA