DUNIA
Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Argentina

Gempa berlaku jam 7.48 pagi (UTC08:00) pada kedalaman 171 kilometer, dengan pusat gempa dikesan di wilayah Neuquen, barat Argentina, 25km timur-tenggara bandar Loncopue. -USGS
BUENOS AIRES: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud melanda kawasan pantai barat Argentina pada Rabu.
Menurut USGS, gempa berlaku jam 7.48 pagi (UTC+08:00) pada kedalaman 171 kilometer, dengan pusat gempa dikesan di wilayah Neuquen, barat Argentina, 25km timur-tenggara bandar Loncopue.
Gempa bumi dilapor dirasai di bahagian tengah dan selatan negara jiran Chile.
Pihak berkuasa Argentina mahupun Chile bagaimanapun tidak melaporkan sebarang kerosakan setakat ini.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami