Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 7.8 magnitud gegar Fiji

81536279790_GempaFiji.jpg
GEMPA bumi berukuran 7.8 magnitud melanda kawasan persisiran pantai Suva, Fiji pada Jumaat.

Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, menurut pihak berkuasa tempatan.

Gempa itu menggegar kawasan 105km Tenggara Suva pada kedalaman 608km, menurut Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat Amaran Tsunami Pasifik pula menyatakan tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Dalam pada itu Kementerian Pertahanan Awam dan Pengurusan Bencana New Zealand berkata tiada amaran tsunami dikeluarkan di negara itu akibat gempa bumi berkenaan.



Advertisement

Must Watch Video